Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Syarikat Disenaraikan » Repositori Penyelidikan » Laporan Penyelidikan Bukan- CBRS

Repositori Penyelidikan

Bursa Malaysia bertujuan untuk membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan maklumat dan memudahkan pemahaman terhadap syarikat tersenarai kami. Kami menawarkan laporan penyelidikan percuma daripadaSkim Penyelidikan Bursa- CMDF (CBRS) and Non CBRS.

Untuk pertanyaan tentang laporan penyelidikan, sila emelcbrs@bursamalaysia.com.

Laporan Penyelidikan Bukan- CBRS

Laporan Penyelidikan Bukan- CBRS

Repositori Penyelidikan Bursa Malaysia juga menjadi tuan rumah bagi laporan penyelidikan yang dihasilkan oleh syarikat penyelidikan sebagai sebahagian daripada aktiviti perniagaan biasa mereka.

Tujuan memasukkan laporan-laporan penyelidikan adalah untuk meningkatkan kuantiti syarikat disenaraikan yang diliputi dan untuk menawarkan kepelbagaian dalam perspektif penyelidikan bagi komuniti pelaburan. Laporan penyelidikan ini ditawarkan PERCUMA kepada pelaburan yang ingin mengaksesnya.

Laporan penyelidikan bukan CBRS dihasilkan semula “seperti mana” dengan kebenaran daripada syarikat penyelidikan dan tidak dikaji semula atau dipantau oleh Bursa Malaysia. Syarikat-syar ikat penyelidikan yang menyumbang laporan penyelidikan mereka kepada platform ini dilesenkan sebagai Penasihat Pelaburan di bawah Akta Sekuriti Pasaran Modal (CMSA) 2007. Sila baca penafian dalam laporan penyelidikan masing-masing dan juga Penafian Bursa Malaysia.

Penasihat Pelaburan Berlesen yang menyumbang penyelidikan bukan CBRS adalah seperti berikut:

  1. AllianceDBS Research Sdn Bhd
  2. BIMB Securities Sdn Bhd
  3. JF Apex Securities Bhd
  4. Mercury Securities Sdn Bhd
  5. TA Securities Holdings Bhd

Penasihat Pelaburan lain yang berminat untuk menyumbang penyelidikan boleh menghubungi :

Ms Michelle Tog
(603) 2034 7000
michelle@bursamalaysia.com