Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Syarikat Disenaraikan » Penyenaraian dalam Bursa Malaysia » Perkhidmatan Penerbit

Penyenaraian dalam Bursa Malaysia

Syarikat yang menimbangkan untuk disenaraikan dalam Bursa Malaysia boleh mendapat maklumat yang diperlukan di sini.

Untuk persoalan mengenai penyenaraian, sila emel listing@bursamalaysia.com.

Perkhidmatan Penerbit

Perkhidmatan Penerbit

Bursa Malaysia adalah antara bursa terbesar di Asia dan yang terbesar di ASEAN dari segi bilangan syarikat yang disenaraikan. Syarikat-syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama dan Pasaran ACE, adalah daripada pelbagai sektor..

Dalam membantu pembangunan pasaran modal Malaysia dan meningkatkan daya saing global, Bursa Malaysia komited untuk memberi akses kepada produk dan perkhidmatan yang membantu penerbit membina profil dan kebolehlihatan mereka.

Repositori Penyelidikan

Repositori Penyelidikan Bursa Malaysia bertujuan untuk memupuk jambatan antara pelabur dengan syarikat disenaraikan dan memudahkan cara liputan penyelidikan yang lebih luas dan pelaburan bermaklumat. Maklumat dalam bentuk penyelidikan ekuiti yang berkualiti boleh memberi kesan kepada kebolehlihatan syarikat, dan seterusnya memberikan kefahaman kepada pelabur tentang prestasinya.

Ketahui bagaimana anda boleh meningkatkan kebolehlihatan dan profil syarikat anda melalui Skim Penyelidikan CMDF-Bursa (CBRS)

Hubungan Pelabur

MIRA

Menguruskan jangkaan pelabur melalui program Perhubungan Pelabur (IR) yang berkesan secara berterusan adalah penting bagi mana-mana PLC untuk mencapai nilaian pasaran adil bagi sekuriti, yang mewujudkan sokongan pelabur dan pendapat yang menggalakkan. Hasilnya ialah asas pihak berkepentingan yang setia yang memberikan syarikat keupayaan untuk mencapai matlamat aktiviti pengurusan modal dengan penuh keyakinan. Akhirnya, ini akan dapat dilihat dalam permintaan saham syarikat dan harga saham tersebut.

Bangunkan atau tingkatkan strategi IR anda dengan Manual IR Bursa Malaysia dan Manual Buku Kerja IR yang menampilkan amalan-amalan terbaik dan dasar-dasar dan proses yang mengiringi aktiviti IR berjaya.

lkuti perkembangan semasa dalam industri IR dengan menyertai Persatuan Perhubungan Pelabur (MIRA), persatuan profesional yang pertama dan satu-satunya di Malaysia yang komited untuk menggalakkan amalan baik IR oleh syarikat disenaraikan. Ditubuhkan oleh Bursa Malaysia Berhad dan dibiayai oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal (dana berkanun di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia), MIRA juga memainkan peranan penting dalam membangunkan dan memajukan pembangunan profesional pengamal IR di Malaysia.

Indeks Kelayakan

Semua syarikat Malaysia yang disenaraikan di Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Malaysia layak dimasukkan dalam siri indeks berikut, tertakluk pada kriteria pemeriksaan indeks masing-masing

Sebagai konstituen indeks, prestasi syarikat anda diberi pendedahan yang lebih luas kepada profesional kewangan domestik dan antarabangsa yang menggunakan indeks untuk membantu mereka menguruskan portfolio pelaburan.

Disertakan juga dalam indeks utama yang membawa kelebihan besar kerana mereka menyokong kecairan dan penjanaan modal bagi syarikat disenaraikan yang layak.