Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.

Tadbir Urus Korporat

Bursa Malaysia, sebagai regulator baris hadapan adalah komited dalam memelihara standard piawaian yang tinggi bagi tadbir urus korporate (CG) supaya dapat mengekalkan integriti pasaran. Bursa Malaysia akan berterusan memperjuangkan inisiatif-inisiatif untuk mempromosikan kepentingan mengamalkan amalan terbaik CG dengan issuer tersenarai mereka.

Panduan CG

Panduan CG

lni ialah panduan praktikal untuk membantu penerbit tersenarai tentang bagaimana untuk melaksanakan amalan terbaik tadbir urus korporat. Kami berharap agar Panduan CG ini akan menggalakkan lembaga pengarah, pengurus dan pemegang saham untuk mengelakkan “pendekatan tanda kotak” dan memilih tadbir urus yang baik serta meningkatkan paras tadbir urus melalui penstrukturan dan pelaksanaan amalan dan proses yang baik yang akan menghasilkan lembaga pengarah yang berkesan.

Panduan CG juga direka untuk bertindak sebagai sumber bagi lembaga pengarah dan jawatankuasa teras syarikat agar lebih memahami peranan dan kuasa mereka serta melaksanakan tanggungjawab pemantauan mereka. Panduan ini mengandungi cadangan, contoh, senarai semakan dan soal selidik dan semata-mata panduan, tidak bertujuan untuk menjadi muktamad serta tidak boleh diterima pakai dengan ketat tanpa mengambil kira undang-undang dan keadaan.

Bursa Malaysia CG Guide - 2nd Edition
2.3MB (PDF)


Penerbitan CG:

Bagi dokumen berguna dan penerbitan berkaitan dengan tadbir urus korporat,sila klik pada pautan di bawah. Dokumen-dokumen dan penerbitan ini hanyalah alat pendidikan sahaja dan tidak diambil kira sebagai nasihat. Pembaca perlu mendapatkan nasihat profesional yang relevan sebelum bertindak berdasarkan maklumat atau panduan tersebut.