Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Pasaran Islam » Jawatankuasa Syariah

Jawatankuasa Syariah

Jawatankuasa Syariah bertanggungjawab menasihati Bursa Malaysia Islamic Services Sdn. Bhd. dan Bursa Malaysia Berhad dalam perkara-perkara berkaitan Syariah.

Jawatankuasa Syariah

Prof. Dr. Ashraf Md Hashim
Pengerusi Jawatankuasa Syariah Bursa Malaysia

Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim adalah Ketua Pegawai Eksekutif ISRA Consultancy Sdn. Bhd. Beliau juga memegang jawatan sebagai Penyelidik Kanan di Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) serta memegang gelaran Profesor di Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF). Sebelum ini, beliau merupakan seorang staf akademik di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Prof. Dr. Ashraf menerima Ijazah Kedoktoran Undang-undang Islam daripada Universiti Birmingham, Ijazah Sarjana Fiqh dan Usul Fiqh daripada Universiti Jordan dan Ijazah Sarjana Muda Syariah daripada Universiti Islam Madinah. Beliau juga merupakan pemegang Diploma Lepasan Undang-undang Syariah dan Amalan daripada UIAM dan dianugerahi Chevening Fellowship di Pusat Kajian Islam Oxford, United Kingdom.

Pada masa ini, Prof. Dr. Ashraf merupakan ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia (BNM), dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Selain daripada itu, beliau juaga adalah Naib Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah Persatuan Institusi-institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan seorang Penasihat Syariah yang berdaftar dengan SC.


Dr. Shamsiah Mohamad
Ahli Jawatankuasa Syariah Bursa Malaysia

Dr. Shamsiah Mohamad adalah seorang Penyelidik Kanan di Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA). Sebelum ini, beliau merupakan Profesor Madya di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Dr. Shamsiah menerima Ijazah Kedoktoran Syariah daripada Universiti Jordan serta Ijazah Sarjana Syariah dan Ijazah Sarjana Muda Syariah daripada Universiti Malaya.

Pada masa ini, Dr. Shamsiah merupakan ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia (BNM), dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Selain daripada itu beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Persatuan Institusi-institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), ahli Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan seorang Penasihat Syariah yang berdaftar dengan SC.


Dr. Younes Soualhi
Ahli Jawatankuasa Syariah Bursa Malaysia

Dr. Younes Soualhi adalah seorang Penyelidik Kanan di Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA). Sebelum ini, beliau merupakan Timbalan Dekan di Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, IIiBF, UIAM.

Dr. Younes menerima Ijazah Kedoktoran Usul Fiqh daripada Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Usul Fiqh daripada UIAM dan Ijazah Sarjana Muda Usul Fiqh daripada Universiti Emir Abdulqadir bagi Sains Islam. Beliau juga merupakan pemegang Diploma Sains Kemanusiaan daripada UIAM.

Pada masa ini, Dr. Younes merupakan Pengerusi Jawatankuasa Syariah HSBC Amanah Malaysia Berhad dan Munich Re Retakaful. Selain daripada itu, beliau juga adalah antara ahli pengasas Majlis Kewangan Islam Perancis (COFFIS).