Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文
File not found in location specified

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Pasaran Islam » Produk » Pasaran Modal Islam » Dana Dagangan Bursa Patuh Syariah (i-ETF)

Produk

Bursa Malaysia menawarkan pelbagai rangkaian produk Pasaran Islam yang patuh Syariah merangkumi saham, komoditi dan sukuk.

Dana Dagangan Bursa Patuh Syariah (i-ETF)

Pasaran Modal Islam

Dana Dagangan Bursa Patuh Syariah (i-ETF)

Dana dagangan bursa (ETF) merupakan satu produk kewangan yang inovatif yang mempamerkan ciri-ciri terbaik dana terbuka dan saham tersenarai. Dalam Panduan Dana Dagangan Bursa oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), ETF ditakrifkan sebagai "satu dana penjejak indeks yang distruktur sebagai skim unit amanah atau apa-apa struktur lain yang diluluskan yang mana objektif utama adalah untuk mencapai pulangan yang selaras dengan pencapaian indeks tertentu". Ringkasnya, ETF ialah unit amanah yang disenaraikan dan diniagakan di bursa saham. Ia umumnya diurus secara pasif kerana ETF bertujuan menyamai pencapaian indeks pasaran tertentu, sama ada dengan melabur sepenuhnya (percontohan sempurna atau full replication) atau sebahagian besarnya (pensampelan strategic atau strategic sampling) dalam sekuriti yang membentuk indeks tersebut.

Apakah itu i-ETF ?

Berlainan daripada ETF konvensional yang bebas menjejak mana-mana indeks penanda aras tanpa perlu mengambil kira status Syariah sekuriti-sekuriti yang membentuk indeks tersebut, sesebuah i-ETF hanya boleh menjejak indeks penanda aras yang terdiri daripada sekuriti-sekuriti patuh Syariah. Pengurusan i-ETF juga perlu mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan garis panduan pelaburan patuh Syariah sepenuhnya. Selain daripada itu, operasi i-ETF turut diselia oleh lembaga, jawatankuasa atau penasihat Syariah yang bertanggungjawab menyemak dan mengaudit pematuhan Syariah dari semasa ke semasa.

Sesebuah dana perlu menjalani saringan Syariah yang menyeluruh sebelum ia layak diiktiraf sebagai i-ETF. Saringan Syariah ke atas sekuriti-sekuriti indeks dilakukan sesuai dengan kaedah yang ditetapkan oleh lembaga, jawatankuasa atau penasihat Syariah penyedia indeks, badan kawal selia dan dana itu sendiri. Bagi memastikan pematuhan Syariah yang berterusan, saringan Syariah dilaksanakan sewaktu keputusan pelaburan dibuat dan sepanjang tempoh pelaburan tersebut. Pemantauan pematuhan Syariah secara berkala membolehkan apa-apa tindakan korporat seperti penyatuan dan pengambilalihan, penyahsenaraian dan kemuslifan diambil kira. i-ETF selanjutnya akan disucikan melalui pengenalpastian, pengasingan dan penyaluran sebarang pendapatan tidak patuh Syariah kepada badan-badan kebajikan.

Bagaimanakah caranya untuk melabur dalam i-ETF ?

i-ETF boleh dijual beli seperti jual beli saham melalui syarikat pembrokeran saham. Terdapat empat (4) i-ETF di Bursa Malaysia buat masa ini iaitu:

Mengapakah perlu melabur dalam i-ETF ?

  1. Mempelbagai pendedahan

    Dengan hanya satu unit i-ETF, pelabur mendapat pendedahan segera kepada semua syarikat yang membentuk indeks yang dijejaki oleh i-ETF tersebut.

  2. Keberkesanan kos

    Memandangkan dana ini diurus secara pasif, fi pengurusan i-ETF adalah jauh lebih rendah berbanding dana yang diurus secara aktif. Ini menjadikan i-ETF satu pelaburan jangka panjang yang ekonomi.

  3. Mudah

    i-ETF disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia seperti saham biasa; ursuniaga i-ETF boleh dijalankan pada harga pasaran semasa dalam satu urusniaga sahaja. Pelabur boleh menjalankan urusniaga i-ETF secara dalam talian atau dengan menghubungi wakil syarikat pembrokeran saham.

  4. Ketelusan

    Harga terkini i-ETF boleh didapati pada waktu sebenar sepanjang hari dagangan. Maklumat menyeluruh dan terkini yang lain tentang i-ETF tersebut, seperti nilai dana harian dan laporan pengurus dana suku tahunan, boleh diperoleh daripada laman web pengurus dana i-ETF itu.