Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Pasaran Islam » Produk » Bursa Suq Al-Sila' (BSAS)

Produk

Bursa Malaysia menawarkan pelbagai rangkaian produk Pasaran Islam yang patuh Syariah merangkumi saham, komoditi dan sukuk.

Bursa Suq Al-Sila' (BSAS)

Bursa Suq Al-Sila' (BSAS)

Bursa Suq Al-Sila'

BSAS ialah sebuah platform dagangan komoditi khusus untuk memudah cara pengurusan kecairan dan pembiayaan Islam oleh institusi-institusi kewangan Islam. Dibangunkan sebagai satu projek nasional, BSAS menampilkan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) dan peserta industri dalam mendukung inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC). Ia turut menerima sokongan padu daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Platform elektronik sepenuhnya berasaskan web ini menyediakan satu wadah untuk para peserta industri dari seluruh dunia menjalankan urusniaga dalam pelbagai komoditi dan matawang.

Rintisan ini mengukuhkan lagi kelebihan Malaysia dalam industri kewangan Islam serta industri minyak sawit mentah. BSAS yang merupakan satu inovasi Malaysia yang pertama seumpamanya di dunia berjaya memantapkan kedududukan negara sebagai hab kewangan Islam antarabangsa. Kewangan dan pasaran modal Islam dunia berjaya disepadukan dengan pasaran komoditi melalui BSAS.

Segala urusniaga dan aktiviti BSAS diuruskan oleh Bursa Malaysia Islamic Services Sdn. Bhd. (BMIS), anak syarikat milik penuh Bursa Malaysia yang dikawal selia, telus dan patuh Syariah sepenuhnya.

Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan BSAS, sila hubungi:

Shamsul Akmal Ahmad
Executive Vice President, Islamic Capital Market
(603) 2034 7571
shamsulakmal@bursamalaysia.com

Ahmad Wahidi Mohamad
Senior Manager, Bursa Suq Al-Sila
(603) 2034 7529
ahmadwahidi@bursamalaysia.com


Sesi Dagangan Bursa Suq Al-Sila´

Hari Pasaran

Ahad hingga Sabtu
(Dagangan dibuka 7 hari seminggu)

Nota:
1. Pasaran ditutup dari pukul 1.00 tengahari hingga 2.00 petang pada hari Jumaat.
2. Waktu Malaysia: GMT +8:00

Market Days and Trading Sessions
Ahad hingga Sabtu
Sesi  
Sesi Dagangan Sesi Dagangan Utama 02.00 pagi hingga 11.40 malam
Bidaan Terakhir 11.30 malam
Pemadanan Terakhir 11.40 malam
Pra-Penutupan Pelaporan Terakhir 11.45 malam
Jualan–kepada–BMIS Terakhir 11.50 malam
Pasaran Tutup Sistem Tutup 11.55 malam

Peraturan Bursa Suq Al-Sila’

Consolidated Rules of Bursa Suq Al-Sila
410 KB (PDF)
[As at 26 September 2016]