Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Pasaran Islam » Pendidikan » Zakat ke atas Saham

Pendidikan

Pelajari pasaran modal Islam. Anda boleh mendapatkan maklumat berguna seperti pengurusan sekuriti tidak patuh Syariah dan bayaran zakat ke atas saham.

Zakat ke atas Saham

Zakat ke atas Saham

Soalan lazim

  1. Apakah kadar zakat yang dikenakan ke atas pelaburan saham?

    Kadar zakat yang dikenakan ke atas saham dalah sama dengan kadar zakat pemilikan harta peribadi iaitu 2.5 peratus.

  2. Apakah nisab (kadara minima) dan haul (tempoh pemilikan) untuk zakat ke atas saham?

    Nisab dan haul atas saham adalah sama dengan jenis-jenis zakat lain. Zakat perlu dibayar apabila cukup nisab dan haul.Institusi zakat masing-masing boleh dirujuk untuk mendapatkan nisab dan haul semasa.

  3. Apakah kaedah pengiraan untuk zakat ke atas saham?

    Kaedah pengiraan zakat adalah berbeza bagi pegangan saham jangka pendek (belian dengan tujuan untuk dijual dalam tempoh haul) dan pegangan saham jangka panjang (belian dengan tujuan untuk mendapatkan dividen).

  4. Bagaimana zakat dikira jika tujuan pembelian adalah untuk pegangan jangka panjang untuk mendapat dividen?
    • Bagi pegangan sebegini, zakat dikira pada kadar 2.5% daripda nilai bersih saham selepas menolak pembiayaan/ pinjaman belum jelas (yang diambil untuk tujuan membeli saham, jika ada).

    • Sekiranya pelbagai jenis saham dibeli pada tarikh-tarikh yang berbeza, bayaran zakat adalah tertakluk kepada penyerpurnaan haul setiap zakat.

    • Contoh:

      Zakat saham dibayar
      Tarikh belian Saham X : 10 Jan 2010
      Haul : Haul telah dicapai
      Bilangan saham yang dimiliki : 100,000 unit
      Nilai per unit saham : RM1.30 (harga rujukan adalah bergantung kepada institusi zakat masing-masing seperti harga pada akhir haul dan harga terendah dalam tempoh haul)
      Zakat yang perlu dibayar:
      = (RM1.30 x 100,000 unit) x 2.5%
      = RM130,000 x 2.5%
      = RM3,250
    • Zakat perlu dibayar apabila memenuhi nisab yang ditetapkan oleh institusi zakat masing-masing.

    • Tarikh bayaran zakat adalah bergantung kepada tarikh belian saham. Tarikh belian yang berlainan akan menyebabkan tarikh bayaran zakat yang berbeza-beza apabila pegangan setiap saham sudah cukup haul.

  5. Bagaimana zakat dikira jika tujuan pembelian adalah untuk pegangan jangka pendek?
    • bagi pegangan sebegini, zakat dikira pada kadar 2.5% daripada keuntungan jualan iaitu harga jual tolak kos belian

    • Pengiraan ini tidak termasuk saham yang dipinjam

    • Contoh:

      Zakat saham dibayar
      Tarikh belian saham Y : 10 Jan 2010 / 20 Jan 2010
      Haul : tidak terpakai
      Bilangan saham yang dimiliki : 50,000 unit
      Kos belian : RM1.50
      Harga jualan : RM1.70
      Zakat yang perlu dibayar:
      = ([RM1.70 - RM1.50] x 50,000 unit) x 2.5%
      = RM10,000 x 2.5%
      = RM250
    • Zakat perlu dibayar apabila memenuhi nisab yang ditetapkan oleh institusi zakat masing-masing.

  6. Bagaimana bayaran zakat boleh dibuat?

    Bayaran zakat boleh dibuat kepada mana-mana institusi zakat

  7. Sekiranya syarikat telahh melunaskan bayaran zakat perniagaan, adakah para pelabur saham syarikat itu perlu membayar zakat?

    Sekiranya syarikat itu telah mebyar zakat, para pemegang saham tidak perlu membayar zakat kerana tiada pembayaran berganda untuk zakat

  8. Adakah pelaburan dalam saham tidak patuh Syariah perlu dibayar zakat?

    Tidak, zakat hanya dieknakan ke atas aset patuh Syariah sahaja. Zakat juga tidak dikenakan ke atas keuntungan pelupusan saham yang telah diklasifikasikan sebgai tidak patuh syariah; keuntungan daripada pelupusan tersebut perlu diurus sesuai dengan nasihat Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjya Sekuriti Malaysia (SC)

  9. Adalah pelaburan dalam saham patuh Syariah oleh orang bukan Muslim perlu dibayar zakat?

    Zakat hanya dikenakan ke atas Muslim sahaja

    Memandangkan zakat terletak di bawah bidang kuasa majlis agama Islam negeri, keperluan zakat mungkin akan berbeza dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Untuk maklumat lanjut tentang zakat ke atas saham, sila rujuk kepada institusi zakat di negeri masing-masing.

    KL: http://www.zakat.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=77%3Azakat-saham&catid=10&Itemid=83&lang=ms
    Selangor: http://www.e-zakat.com.my/zakat-harta/zakat-saham
    Penang: http://www.zakatpenang.com/index.php?option=com_content&view=article&id=22&Itemid=101
    Pahang: http://www.zakatpahang.my/InfoZakatJenisSaham.aspx
    Sarawak: http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/zakatsaham.html
    Melaka: http://www.izakat.com/index.php?option=com_content&view=article&id=19&Itemid=10&lang=bm

  10. Bagaimana zakat dikira sekiranya saham diniagakan sepanjang tahun?
    • Bagi saham yang diniagakan sepanjang tahun, bayaran zakat adalah 2.5% daripada jumlah keuntungan (harga julan tolak modal permulaan]

    • Contohnya

      Zakat saham dibayar
      Saham X : = RM6,000 - RM2,000
      = RM4,000
      Saham Y : = RM8,000 - RM2,000
      = RM6,000
      Zakat yang perlu dibayar : = (RM4,000 + RM6,000) x 2.5%
      = RM250