Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Derivatif » Produk » Derivatif Kewangan » Kontrak Niaga Hadapan MGS 10-Tahun (FMGA)

Produk

Bursa Malaysia Derivatives (BMD) menawarkan derivatif dalam 3 kategori. Derivatif Komoditi, Derivatif Ekuiti dan Derivatif Kewangan.

Kontrak Niaga Hadapan MGS 10-Tahun (FMGA)

Derivatif Kewangan

To Access BMD product prices / code on CME GLOBEX® Electronic Trading Platform

Example:

Accessing BMD product prices / code on CME GLOBEX Electronic Trading Platform
FGLD: BMD\FGLD\OCT14
Please type BMD\FGLD\relevant contract month code
FKLI: BMD\FKLI\Dec14
Please type BMD\FKLI\relevant contract month code
FCPO: BMD\FCPO\MAR15
Please type BMD\FCPO\relevant contract month code
FPOL: BMD\FPOL\MAR15
Please type BMD\FPOL\relevant contract month code
KLIBOR: BMD\FKB3\MAR15
Please type BMD\FKB3\relevant contract month code
3 YRS BOND: BMD\FMG3\MAR15
Please type BMD\FMG3\relevant contract month code
5 YRS BOND: BMD\FMG5\MAR15
Please type BMD\FMG5\relevant contract month code
OKLI: BMD\OKLI\DEC14
Please type BMD\OKLI\relevant contract month code

Education

Learn more about Derivatives

Kontrak Niaga Hadapan MGS 10-Tahun (FMGA)

Spesifikasi Kontrak

Kontrak Niaga Hadapan MGS 10-Tahun (FMGA)
Kod KontrakFMGA
Kontrak KONTRAK NIAGA HADAPAN MGS 10-Tahun
Kod Kontrak FMGA
Instrumen Pendasar Sekuriti Kerajaan Malaysia dengan 10-tahun kematangan (“MGS 10-tahun”)
Kadar Kupon 6% setiap tahun, dibayar setengah tahunan
Unit Kontrak MGS 10-tahun yang mempunyai nilai pokok RM100,000.00
Sebut Harga Dalam Ringgit Malaysia untuk setiap RM100.00 nilai muka, sehingga 2 digit perpuluhan.
Turun Naik Harga Minimum 0.01 = RM10.00
Bulan Kontrak 4 bulan terhampir bagi kitaran suku tahunan pada Mac, Jun, September dan Disember
Waktu Dagangan
  • Sesi dagangan pertama: (Waktu Malaysia) Jam 0900 hingga Jam 1230
  • Sesi dagangan kedua: (Waktu Malaysia) Jam 1430 hingga Jam 1800
Hari Dagangan Akhir
  • Hari Rabu ke-3 pada bulan kontrak atau hari pertama bagi Hari Perniagaan, jika hari Rabu ke-3 untuk kontrak tersebut jatuh pada hari yang bukan Hari Perniagaan.
  • Dagangan dalam bulan luput bagi sesebuah kontrak berakhir pada Jam 1800 (Waktu Malaysia) pada Hari Dagangan Terakhir.
Kaedah Penyelesaian Penyelesaian Tunai berdasarkan nilai penyelesaian akhir
Nilai Penyelesaian Akhir
  1. Nilai penyelesaian akhir akan dikira daripada harga-harga keseluruhan MGS di dalam kumpulan MGS yang layak seperti yang dilaporkan di dalam Platform Dagangan Elektronik (“ETP”) bagi Bursa Malaysia Bonds Sdn Bhd pada Hari Dagangan Terakhir bermula daripada Jam 0900 ke Jam 1800 (Waktu Malaysia)*

  2. Jumlah harga purata wajaran (VWAP) bagi setiap MGS di dalam kumpulan akan dikira dan ditukarkan kepada peratusan hasil, dibundarkan kepada 4 tempat perpuluhan. Hanya laporan transaksi, yang dilaporkan di ETP, dengan nilai nosional sebanyak RM10 Juta dan ke atas untuk setiap transaksi akan di ambil kira dalam pengiraan VWAP.

  3. Hasil akhir diperoleh dari hasil untuk setiap MGS di dalam kumpulan selepas wajaran sebanyak 60% dikenakan kepada semua bon tanda aras atau peratusan wajaran yang ditetapkan oleh Bursa. Wajaran selainnya akan dibahagikan secara sama rata untuk kesemua hasil bon-bon yang lain.

  4. Nilai Penyelesaian Akhir akan dikira dari hasil akhir berlandaskan formula berikut dan dibundarkan kepada 2 tempat perpuluhan:

    Harga = {(C/Y)[1 - (1 + Y/2)-2N] + (1 + Y/2)-2N} x RM100

    dengan

    N ialah bilangan tahun, = 10
    C ialah kadar kupon, = 0.06
    Y ialah hasil yang dibundarkan kepada 4 tempat perpuluhan.

  5. Kumpulan MGS Yang Layak

    • 5.1 Berdasarkan perenggan 5.4 di bawah, kumpulan MGS yang layak termasuk MGS yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:

        Jenis Bon Saiz Terbitan Minimum Tempoh Matang Syarat-syarat Lain
      (a) Bon Tanda Aras Tidak Berkaitan 8 hingga 11 tahun, pada hari kalendar pertama bagi bulan kontrak Tidak Berkaitan
      (b) Bon Bukan Tanda Aras RM3 bilion 8 hingga 11 tahun, pada hari kalendar pertama bagi bulan kontrak (i) Penempatan privasi adalah tidak termasuk.

      (ii) Maksimum 2 bon yang menepati keperluan seperti tertera pada perenggan 5.2 di bawah akan termasuk di dalam kumpulan MGS yang layak.

    • 5.2 Keperluan Tambahan bagi Bon Bukan Tanda Aras

      1. Selain ciri – ciri yang dinyatakan di perenggan 5.1(b) di atas, bon bukan tanda aras haruslah menepati keperluan –keperluan seperti yang berikut:

        1. (a) Bond tersebut mestilah memiliki Transaksi Relevan yang dilaporkan di ETP dalam tembpoh 3 bulan sebelum tarikh pengumuman seperti yang tertera di perenggan 5.3. Tempoh 3 bulan tersebut dikira sehingga Hari Perniagaan serta- merta dari tarikh pengumuman tersebut.

        2. Maksimum 2 bon bukan tanda aras boleh dipilih untuk dimasukkan ke dalam kumpulan MGS yang layak, menepati kriteria mengikut turutan seperti yang berikut:
          1. Bon dengan jumlah nombor agregat bagi Transaksi Relevan tertinggi;
          2. Daripada bon yang mempunyai nombor Transaksi Relevan yang sama, bon dengan Transaksi Relevan yang mempunyai agregat nilai transaksi nosional;
          3. Daripada bon dengan Transaksi Relevan yang mempunyai agregat transaksi nosional yang sama, bon yang mempunyai baki tempoh matang yang terdekat dengan 3 tahun pada hari kalendar pertama bagi bulan kontrak.

      2. Jika maksimum 2 bon bukan penanda aras tidak boleh dipilih dengan menggunakan syarat-syarat dalam perenggan (1) di atas, maka Bursa boleh , mengikut budi bicara mutlaknya , membuat keputusan mengenai pemilihan termasuk keputusan untuk tidak memasukkan bon bukan tanda aras ke dalam kumpulan MGS yang layak. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Bursa menurut perenggan ini adalah muktamad.

    • 5.3 MGS yang layak dan wajaran untuk Kontrak akan diumumkan pada hari ke-10 pada bulan suku tahunan (iaitu bulan Mac, Jun, September, Disember) sebaik sahaja sebelum bulan kontrak Kontrak itu atau Hari Perniagaan akan datang sebaik sahaja selepas hari ke-10 jika hari ke-10 bukan hari Perniagaan.

    • 5.4 Tiada MGS baru akan dimasukkan selepas pengumuman MGS yang layak pada Kontrak suku bulanan.

  6. Pada Hari Dagangan Akhir untuk sesebuah kontrak, semua Posisi Terbuka Kontrak akan ditanda kepada nilai penyelesaian akhir yang ditentukan oleh Bursa.
Had Posisi Spekulatif 10,000 kontrak dalam mana-mana suku bulanan atau semua bulan digabungkan.

* Catatan: Sekiranya tiada dagangan dilaporkan kepada ETP, Bursa boleh menggunakan harga yang diberikan oleh Bond Pricing Agency Malaysia Sdn Bhd pada hari dagangan terakhir pada pukul 6.00 petang. Harga bagi semua atau mana-mana MGS layak boleh digunakan sebagai ganti harga ETP untuk menentukan harga penyelesaian akhir seperti yang dinyatakan di atas.

Walau bagaimanapun, Bursa berhak untuk menggunakan mana-mana kaedah lain yang difikirkannya wajar untuk mengira dan melaporkan nilai penyelesaian akhir atau Harga Penutupan Ahir menurut Kaedah 2004.2, Peraturan-Peraturan Bursa Malaysia Derivatives Bhd.

Muat Turun Sumber

MGS Futures Brochures
English
7 KB (PDF)

FMGA Contract Specifications
English
434 KB (PDF)


Get Adobe ReaderAdobe Acrobat Reader is needed to view the documents.
If you don't already have it installed on your computer, click on the icon to download it.