Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Derivatif » Produk » Komoditi Derivatif » Niaga Hadapan Olein Sawit USD RBD (FPOL)

Produk

Bursa Malaysia Derivatives (BMD) menawarkan derivatif dalam 3 kategori. Derivatif Komoditi, Derivatif Ekuiti dan Derivatif Kewangan.

Niaga Hadapan Olein Sawit USD RBD (FPOL)

Komoditi Derivatif

To Access BMD product prices / code on CME GLOBEX® Electronic Trading Platform

Example:

Accessing BMD product prices / code on CME GLOBEX Electronic Trading Platform
FGLD: BMD\FGLD\OCT14
Please type BMD\FGLD\relevant contract month code
FKLI: BMD\FKLI\Dec14
Please type BMD\FKLI\relevant contract month code
FCPO: BMD\FCPO\MAR15
Please type BMD\FCPO\relevant contract month code
FPOL: BMD\FPOL\MAR15
Please type BMD\FPOL\relevant contract month code
KLIBOR: BMD\FKB3\MAR15
Please type BMD\FKB3\relevant contract month code
3 YRS BOND: BMD\FMG3\MAR15
Please type BMD\FMG3\relevant contract month code
5 YRS BOND: BMD\FMG5\MAR15
Please type BMD\FMG5\relevant contract month code
OKLI: BMD\OKLI\DEC14
Please type BMD\OKLI\relevant contract month code

Education

Learn more about Derivatives

Niaga Hadapan Olein Sawit USD RBD (FPOL)

FPOL Banner
 

Kod Ticker

  • Bloomberg: FPOA Comdty CT (Go)
  • Thomson Reuters: <1FPOL> + <Bulan  
     Kod> + <Kod tahun>
     Contoh: <1FPOLU4> SEP14 kontrak
  • Data Interaktif: F:FPOL\MYY, M ialah kod bulan dan YY ialah nombor tahun
    Contoh: F:FPOL\U14 ; SEP14 kontrak

Muat Turun Sumber

Brochure
English | Chinese
0.813 KB | 0.818 MB (PDF)

Contract Specification
English | Chinese
120 KB | 0.172 MB (PDF)

Mula Sekarang

  • Hubungi Broker kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut

Apakah FPOL ?

FPOL ialah kontrak Niaga Hadapan Olein Sawit Ditapis, Dilunturkan dan Dinyahbau dalam denominasi dolar Amerika (USD) yang didagangkan pada Bursa Malaysia Derivatif. Sebagai produk sawit ditapis, FPOL khususnya memberikan penapis minyak sawit, pengguna akhir olein sawit dan pengimport olein sawit asing pencerahan harga yang telus, dagangan terkawal dan instrumen perlindungan nilai.

Mengapa FPOL boleh menjadi intstrumen perlindungan nilai yang baik

Mengurus Risiko Harga Olein Sawit RBO

Pengguna akhir dan pengimport boleh menggunakan FPOL untuk mengurus risiko dan melindungi nilai daripada risiko pergerakan harga yang tidak dikehendaki dalam pasaran fizikal.

Mengurus Margin Penapisan Minyak Sawit

Penapis boleh menggunakan FPOL untuk mengurus margin penapisan mereka. Dengan FCPO, penapis kini boleh menetapkan margin penapisan mereka di atas kertas. lni boleh dicapai dengan membuat pelaburan panjang dalam FCPO dan pendek dalam FPOL.

Pendedahan kepada Pergerakan Harga Olein Minyak Sawit RBO

Peniaga boleh menggunakan FPOL untuk mendapatkan pendedahan berkumpulan kepada pergerakan harga Olein Minyak Sawit RBO.

Mendapat pendedahan serta merta kepada pasaran komoditi

Menerusi FPOL, pengurus dana global, penasihat dagangan komoditi dan pedagang milikan boleh mendapat pendedahan kepada minyak sawit.

 

Spesifikasi Kontrak

(FPOL)
Kod KontrakFPOL
Instrumen Pendasar RBD Olein Kelapa Sawit
Cara Penyelesaian Penghantaran fizikal menerusi e-Negotiatied Storage Receipts (e-NSRs). Ex-tank as per FCPO
Saiz Kontrak 25 tan metrik
Sebut Harga US$ per tan metrik
Turun Naik Harga Minimum US$0.50 per tan metrik
Bulan Kontrak Bulan semasa dan 5 bulan berikutnya akan datang, dan selepas itu, bulan alternatif sehingga 24 bulan lebih awal.
Waktu Dagangan

Isnin hingga Jumaat
Sesi Dagangan: (Waktu Malaysia)
9.00 pagi - 12.00 tengah hari
1.30 tengah hari - 6.00 petang

Hari Perniagaan:
Mengikut Hari Bekerja di KL

Had Harga Harian

Kecuali perdagangan dalam bulan tersebut, perdagangan untuk penghantaran masa hadapan minyak sawit mentah pada mana-mana bulan tidak boleh dibuat, pada mana­mana Hari Perniagaan, pada harga yang berbeza lebih daripada 10% di atas atau di bawah harga penyelesaian Hari Perniagaan sebelumnya (Had 10%) kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah.

Apabila sekurang-kurangnya 3 kontrak bukan bulan tersebut diniagakan pada Had 10%, Bursa hendaklah mengumumkan tempoh 10 minit bertenang (Tempoh Bertenang) untuk semua bulan kontrak (kecuali bulan tersebut) dan perdagangan hendaklah hanya dilakukan dalam Had 10%. Selepas Tempoh Bertenang, semua Bulan Kontrak hendaklah dinyatakan sebagai terganggu selama 5 minit, selepas itu harga yang diniagakan untuk semua bulan kontrak (kecuali bulan tersebut) tidak boleh berbeza lebih daripada 15% di atas atau di bawah harga penyelesaian hari perniagaan sebelumnya ( Had 15%).

Jika Had 10% yang dicetuskan kurang daripada 30 minit sebelum akhir sesi dagangan pertama, perkara yang berikut hendaklah terpakai:

  • Bulan Kontrak tidak boleh dinyatakan sebagai terganggu;
  • Had 10% itu hendaklah digunakan untuk semua Bulan Kontrak (kecuali bulan tersebut) untuk sepanjang sesi dagangan yang pertama; dan
  • Had 15% itu hendaklah digunakan untuk semua Bulan Kontrak (kecuali bulan tersebut) pada sesi dagangan kedua.
Jika Had 10% yang dicetuskan kurang daripada 30 minit sebelum berakhir sesi dagangan kedua, Had 10% itu hendaklah digunakan untuk semua Bulan Kontrak (kecuali bulan tersebut) untuk sepanjang Hari Perniagaan.
Hari Dagangan Akhir dan Tarikh Matang Kontrak tamat pada tengah hari pada hari ke-15 dalam bulan penyerahan, atau jika 15 bukan hari pasaran, Hari Perniagaan sebelumnya.
Tempoh Tender Hari Kalendar Pertama hingga ke-20 bulan itu, atau jika 20 bukan hari pasaran, Hari Perniagaan sebelumnya.
Gred Kontrak dan Mata Penghantaran Kualiti Olein MInyak Sawit RBD yang boleh diperdagangkan atas pilihan penjual dalam tangki yang diluluskan di Pasir Gudang dan Pelabuhan Klang.
(FPOL)
SpesifikasiMasukKeluar
FFA 0.07% 0.10%
M&I 0.10% 0.10%
I.V 56 min 56 min
Melting Point 24 maks 24 maks
Warna (5 ¼ Lovibond Cell) 2.6 Merah maks 3 Merah maks
Had Pegangan Spekulatif Bilangan maksimum kedudukan pendek atau panjang bersih yang boleh dipegang atau dikawal pelanggan atau peserta ialah:
  • 800 kontrak untuk bulan tersebut
  • 10,000 kontrak bagi mana-mana bulan kontrak kecuali bulan tersebut
  • 15,000 kontrak untuk semua bulan digabungkan.