Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Derivatif » Produk » Komoditi Derivatif » Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah USD (FUPO)

Produk

Bursa Malaysia Derivatives (BMD) menawarkan derivatif dalam 3 kategori. Derivatif Komoditi, Derivatif Ekuiti dan Derivatif Kewangan.

Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah USD (FUPO)

Komoditi Derivatif

To Access BMD product prices / code on CME GLOBEX® Electronic Trading Platform

Example:

Accessing BMD product prices / code on CME GLOBEX Electronic Trading Platform
FGLD: BMD\FGLD\OCT14
Please type BMD\FGLD\relevant contract month code
FKLI: BMD\FKLI\Dec14
Please type BMD\FKLI\relevant contract month code
FCPO: BMD\FCPO\MAR15
Please type BMD\FCPO\relevant contract month code
FPOL: BMD\FPOL\MAR15
Please type BMD\FPOL\relevant contract month code
KLIBOR: BMD\FKB3\MAR15
Please type BMD\FKB3\relevant contract month code
3 YRS BOND: BMD\FMG3\MAR15
Please type BMD\FMG3\relevant contract month code
5 YRS BOND: BMD\FMG5\MAR15
Please type BMD\FMG5\relevant contract month code
OKLI: BMD\OKLI\DEC14
Please type BMD\OKLI\relevant contract month code

Education

Learn more about Derivatives

Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah USD (FUPO)

FUPO ialah kontrak niaga hadapan dalam mata wang USD yang melengkapkan Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah dalam mata wang Ringgit Malaysia yang sedia ada. FUPO juga ialah kontrak penyelesaian tunai yang tidak melibatkan penghantaran fizikal pendasar Minyak Sawit Mentah (CPO). FUPO mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagal pusat penemuan harga yang terkemuka bagi minyak sawit yang diniagakan pada peringkat global

Spesifikasi Kontrak

Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah USD (FUPO)
Kod Kontrak FUPO
Instrumen Pendasar Minyak Sawit Mentah
Saiz Kontrak 25 tan metrik
Turun Naik Harga Minimum USD0.25 per tan metrik
Cara Penyelesaian Tunai
Had Harga Harian Had lebih kurang 10% daripada Harga Penyelesaian sebelumnya terpakai untuk semua kontrak, kecuali bulan tersebut. Apabila sekurang-kurangnya tiga kontrak bukan pada bulan tersebut diniagakan pada Had 10%, Bursa hendaklah mengumumkan tempoh 10 minit bertenang (Tempoh Bertenang) untuk semua bulan kontrak (kecuali bulan tersebut), dan perdagangan hendaklah hanya dilakukan di dalam Had 10%. Selepas Tempoh Bertenang, semua Bulan Kontrak hendaklah dinyatakan sebagai terganggu selama 5 minit, selepas itu harga yang diniagakan untuk semua bulan kontrak (kecuali bulan tersebut) tidak boleh berbeza lebih daripada 15% di atas atau di bawah harga penyelesaian hari perniagaan sebelumnya (Had 15%).

Had 10% akan terpakai sepanjang sesi pertama dagangan jika harga had dicetuskan kurang 30 minit sebelum berakhir sesi, dan harga had akan ditingkatkan kepada 15% bagi sesi kedua.

Jika had 10% itu dicetuskan kurang 30 minit sebelum berakhirnya sesi kedua, had 10 % itu akan terpakai sehingga berakhir hari dagangan.

Bulan Kontrak Bulan tersebut dan lima bulan seterusnya, dan selepas itu, selang satu bulan sehingga 24 bulan.
Waktu Dagangan
  • Sesi Dagangan Pertama: Waktu Malaysia 10:30 pagi - 12:30 tengah hari
  • Sesi Dagangan Kedua: Waktu Malaysia 3:00 petang - 6:00 petang.
Had Pegangan Spekulatif Bilangan maksimum kedudukan panjang atau pendek yang boleh dipegang:
  • 500 kontrak untuk bulan tersebut
  • 5,000 kontrak untuk mana-mana satu bulan kecuali bulan tersebut
  • 8,000 kontrak untuk semua bulan kontrak digabungkan
Hari Dagangan Akhir dan Tarikh Matang Kontrak luput pada tengah hari hari yang ke-15 pada bulan tersebut, atau jika 15 ialah hari bukan pasaran, kontrak luput pada Hari Perniagaan selepasnya
Penyelesaian Akhir Penyelesaian tunai berasaskan Nilai Penyelesaian Akhir
Harga Penyelesaian Akhir Harga purata Harga Penyelesaian FCPO Bulan Tersebut Harian pada 5 Hari Perniagaan Terakhir sebelum tarikh luput termasuk Hari Dagangan Akhir. Kadar tukaran wang pertengahan USD/MYR setakat 6.00 petang pada setiap 4 Hari Perniagaan sebelum Hari Dagangan Terakhir yang diambil dari Bank Negara Malaysia Malaysia harus digunakan sebagai harga tukaran bagi pengiraan Nilai Penyelesaian Bulan tersebut Harian FCPO (Harta pertengahan USD/MYR digandakan dengan Harga Penyelesaian Bulan tersebut Harian FCPO). Kadar tukaran pertengahan USD/MYR setakat tengah hari akan digunakan untuk Harga Penyelesaian Bulan tersebut Harian pada Hari Dagangan Terakhir.

Nilai Penyelesaian Akhir FUPO adalah purata Harga Penyelesaian Bulan tersebut Harian FCPO yang ditukarkan digenapkan kepada 25 sen yang paling hampir.

Muat Turun Sumber

FAQs
English
162 KB

Contract Specification
English
179 KB


Get Adobe ReaderAdobe Acrobat Reader is needed to view the documents.
If you don't already have it installed on your computer, click on the icon to download it.