Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Derivatif » Produk » Komoditi Derivatif » Niaga Hadapan Emas (FGLD)

Produk

Bursa Malaysia Derivatives (BMD) menawarkan derivatif dalam 3 kategori. Derivatif Komoditi, Derivatif Ekuiti dan Derivatif Kewangan.

Niaga Hadapan Emas (FGLD)

Komoditi Derivatif

To Access BMD product prices / code on CME GLOBEX® Electronic Trading Platform

Example:

Accessing BMD product prices / code on CME GLOBEX Electronic Trading Platform
FGLD: BMD\FGLD\OCT14
Please type BMD\FGLD\relevant contract month code
FKLI: BMD\FKLI\Dec14
Please type BMD\FKLI\relevant contract month code
FCPO: BMD\FCPO\MAR15
Please type BMD\FCPO\relevant contract month code
FPOL: BMD\FPOL\MAR15
Please type BMD\FPOL\relevant contract month code
KLIBOR: BMD\FKB3\MAR15
Please type BMD\FKB3\relevant contract month code
3 YRS BOND: BMD\FMG3\MAR15
Please type BMD\FMG3\relevant contract month code
5 YRS BOND: BMD\FMG5\MAR15
Please type BMD\FMG5\relevant contract month code
OKLI: BMD\OKLI\DEC14
Please type BMD\OKLI\relevant contract month code

Education

Learn more about Derivatives

Niaga Hadapan Emas (FGLD)

banner_FLGD_page

Apakah FGLD?

FGLD ialah Kontrak Niaga Hadapan Emas dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang dildagangkan dalam Bursa Malaysia Derivatif. FGLD memberikan pendedahan kepada peserta pasaran tentang pergerakan harga emas pada kos kemasukan lebih rendah.

Harga kontrak FGLD dalam mata wang tempatan menghapuskan kelayakan peserta Malaysia untuk membeli mata wang asing dan menghapuskan pendedahan yang muncul daripada turun naik mata wang asing.

Setiap kontrak FGLD bersamaan dengan 100 gram bilion emas. Saiz yang kecil telah direka untuk memberikan kemudahan akses kepada semua serta fleksibiliti kepada mereka yang memerlukan lebih pendedahan. Untuk peserta runcit yang kurang pendedahan. saiz kecil menjadikannya lebih mampu milik. Bagi peserta industri yang memerlukan pendedahan yang lebih besar. kontrak boleh didagangkan dalam lot berganda setiap kali (contohnya: 5 lot, 10 lot dan sebagainya).

Sebagai kontrak yang dilunaskan secara tunai, tiada penghantaran emas fizikal diperlukan. Sebaliknya , kontrak FGLD akan diselesaikan pada tempoh luput dengan nilai tunai emas yang dibeli (contohnya: 1 gram), dikira menggunakan harga Tetap London AM (dalam USD) pada hari dagangan terakhir ditukarkan kepada nilai ringgit (RM).

Sebagai contoh:

Pada hari dagangan akhir, jika Harga Emas London AM Fix ialah USD1,300 setiap auns Troy dan kadar ttukaran wang ialah USD1 = RM3.0800:

  1. Tukaran harga emas daripada USD kepada RM akan menjadi: 1,300 x 3.0800 = RM4,004 setiap auns troy.
  2. Tukaran auns Troy kepada gram: RM4,004/31.1034768 = RM128.731589260786 satu gram (1 auns Troy = 31.1034768 gram)
  3. Nilai Penyelesaian Akhir akan menjadi RM128.75 satu gram (dibundarkan kepada RM0.05 terdekat),
  4. Nilai kontrak akan menjadi RM128.75 satu gram x 100 gram = RM12,875.

Harga London AM Fix adalah penanda aras global untuk harga emas spot, dan pelangsaian kontrak FGLD ini mengikut harga ini mencirikan kontrak FGLD sebagai satu instrumen yang menjejak pasaran emas dunia dengan cermat.

Hari dagangan terakhir bagi setiap kontrak FGLD ialah hari perniagaan bersama di London dan KL Sila rujuk laman web kami untuk hari dagangan terakhir bagi setiap bulan kontrak.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang London Fix, sila rujuk laman The London Gold Market Fixing Limited.

Maklumat Produk

Kod Ticker

  • Bloomberg : FGDA Cmdty CT (Go)
  • Thomson Reuters : <FGLD> + <Koci Bulan> + <Koci Tahun>, ie for <FGLDZ3> DEC3 kontrak
  • Data Interaktif : F:FGLD\Mnn, di mana M adalah kod bulan dan nn adalah nombor tahun. Contoh F:FGLD\Z13

Kemas kini Pasaran & Garis Panduan Produk

Muat Turun Sumber

Brochure
English | BM | Chinese
417 KB | 6 MB | 4 MB (PDF)

Contract Specification
English | BM | Chinese
150 KB | 2 MB | 333 KB (PDF)


Spesifikasi Kontrak

Gold (FGLD)
Kod KontrakFGLD
Aset Pendasar Emas dicerakin kepada kehalusan 995 minimum
Cara Penyelesaian Penyelesaian Tunai
Saiz Kontrak 100 gram
Sebut Harga Ringgit Malaysia (RM) per gram
Turun Naik Harga Minimum RM 0.05 per gram
(atau RM5 per tik)
Had Harga Harian Hendaklah tiada dagangan pada harga melebihi 10% di atas atau di bawah harga penyelesaian Hari Perniagaan sebelumnya ("Had 10%") kecuali seperti yang diperuntukkan di bawah:
  1. Jika Kontrak bulan terkini didagangkan pada Had 10%, Bursa akan mengumumkan satu tempoh bertenang 10-minit ("Tempoh Bertenang") untuk Kontrak semua bulan kontrak (termasuk bulan terkini) yang semasa itu dagangan hanya boleh berlaku dalam lingkungan Had 10% untuk Kontrak semua bulan kontrak (termasuk bulan terkini).
  2. Selepas Tempoh Bertenang, Kontrak semua bulan kontrak (termasuk bulan terkini) akan ditentukan sebagai diganggu untuk tempoh 5 minit, yang selepasnya had harga akan ditingkatkan kepada 20%. Harga yang didagangkan untuk Kontrak semua bulan kontrak (termasuk bulan terkini) hendaklah kemudiannya berubah tidak melebihi 20% lebih atau kurang daripada harga penyelesaian pada Hari Perniagaan sebelumnya ("Had 20%").
  3. Jika Kontrak bulan terkini didagangkan pada Had 10% kurang daripada 30 minit sebelum tamat sesi dagangan pertama, Had 10% akan dikenakan ke atas Kontrak semua bulan kontrak (termasuk bulan terkini untuk baki sesi dagangan pertama, dan Had 20% akan dikenakan ke atas Kontrak semua bulan kontrak (termasuk bulan terkini) semasa sesi dagangan kedua.
  4. Jika Kontrak bulan terkini didagangkan pada Had 10% kurang daripada 30 minit sebelum tamat sesi dagangan kedua, Had 10% akan dikenakan ke atas semua Kontrak daripada semua bulan kontrak (termasuk bulan terkini) untuk baki Hari Perniagaan tersebut.
  5. Paha mana-mana Hari Perniagaan selain Hari Dagangan Terakhir, had harga dalam perenggan di atas dikenakan kepada semua dagangan dalam Kontrak semua bulan k9ntrak termasuk bulan terkini. Pada Hari.Dagangan Terakhir, had harga dalam perenggan di atas tidak dikenakan ke atas dagangan dalam Kontrak bulan terkini.
Had Pegangan Spekulatif Bilangan maksimum pegangan belian bersih atau pegangan jualan bersih untuk semua bulan tergabung seseorang pelanggan atau peserta boleh pegang atau kawal ialah 25,000 kontrak.
Waktu Dagangan Isnin hingga Jumaat
Sesi Dagangan: (Waktu Malaysia)
9.00 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 7.00 malam

Hari Perniagaan:
Mengikut Hari Perniagaan KL
Bulan Kontrak Bulan terkini; dan
3 bulan kalendar berikutnya; dan
Mana-mana bulan Februari, April, Jun, Ogos, Oktober dan Disember yang jatuh dalam tempoh 12 bu Ian bermula dengan bulan terkini.
Hari Dagangan Akhir Hari Perniagaan bersama terakhir bulan terkini di kedua-dua London dan KL.

Nota:

Jika Hari Perniagaan terakhir bu/an terkini adalah hari cuti di London, Hari Dagangan Terakhir adalah hari pertama sebelum Hari Perniagaan yang bukan hari cuti di London.

Kontrak baharu akan tersedia untuk didagangkan pada hari pertama Hari Perniagaan KL bu/an berikutnya.

Selain kontrak yang luput, semua kontrak lain akan terus didagangkan sehingga Hari Perniagaan KL terakhir setiap bu/an kalendar.
Nilai Penyelesaian Akhir Nilai Penyelesaian Akhir akan dikira menggunakan London Gold AM Fix (disebut harga pada USD/Auns Troy) pada Hari Dagangan Akhir diselaraskan untuk penukaran kepada RM/gram.

Kadar pertukaran USD/RM
Kadar tengah jam 1700 yang diterbitkan pada Hari Dagangan Terakhir di laman web Bank Negara Malaysia.

Penukaran daripada Auns Troy kepada Gram
1 auns troy = 31.1034768 gram

Pembundaran ke Atas/ ke Bawah:
Nilai Penyelesaian Akhir dibundarkan kepada RM 0.05 terdekat.

  • Penafian: Semua rujukan kepada harga London Gold AM Fixing digunakan dengan kebenaran The London Gold Market Fixing Limited. London Gold Market Fixing Limited dan Bursa Malaysia Derjvatives Bhd tidak menanggung apa-apa liabiliti atau tanggungjawab atas ketepatan harga atau produk pendasar yang harganya berkemungkinan dirujuk.