Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Derivatif » Produk » Komoditi Derivatif » Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)

Produk

Bursa Malaysia Derivatives (BMD) menawarkan derivatif dalam 3 kategori. Derivatif Komoditi, Derivatif Ekuiti dan Derivatif Kewangan.

Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)

Komoditi Derivatif

To Access BMD product prices / code on CME GLOBEX® Electronic Trading Platform

Example:

Accessing BMD product prices / code on CME GLOBEX Electronic Trading Platform
FGLD: BMD\FGLD\OCT14
Please type BMD\FGLD\relevant contract month code
FKLI: BMD\FKLI\Dec14
Please type BMD\FKLI\relevant contract month code
FCPO: BMD\FCPO\MAR15
Please type BMD\FCPO\relevant contract month code
FPOL: BMD\FPOL\MAR15
Please type BMD\FPOL\relevant contract month code
KLIBOR: BMD\FKB3\MAR15
Please type BMD\FKB3\relevant contract month code
3 YRS BOND: BMD\FMG3\MAR15
Please type BMD\FMG3\relevant contract month code
5 YRS BOND: BMD\FMG5\MAR15
Please type BMD\FMG5\relevant contract month code
OKLI: BMD\OKLI\DEC14
Please type BMD\OKLI\relevant contract month code

Education

Learn more about Derivatives

Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)

Spesifikasi Kontrak

Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)
Kod Kontrak FCPO
Instrumen Pendasar Minyak Sawit Mentah
Saiz Kontrak 25 tan metrik
Turun Naik Harga Minimum RM1 per tan metrik
Had Harga Harian

Kecuali dagangan pada bulan terkini, dagangan untuk serahan hadapan Minyak Sawit Mentah pada mana-mana bulan tidak boleh dilakukan pada mana-mana Hari Perniagaan, pada perbezaan harga melebihi 10% lebih atau kurang daripada harga penyelesaian pada Hari Perniagaan sebelumnya (“Had 10%”) kecuali seperti yang diperuntukkan di bawah.

Jika kontrak sekurang-kurangnya 3 bulan bukan-terkini didagangkan pada Had 10%, Bursa akan mengumumkan satu tempoh bertenang 10-minit (“Tempoh Bertenang”) untuk semua bulan kontrak (kecuali bulan terkini) yang semasa itu dagangan hanya boleh berlaku dalam lingkungan Had 10%. Berikutan Tempoh Bertenang, semua bulan kontrak adalah ditentukan sebagai terganggu selama tempoh 5 minit, yang selepas tempoh tersebut, harga didagangkan untuk semua bulan kontrak (kecuali bulan terkini) tidak boleh berbeza melebihi 15% lebih atau kurang daripada harga penyelesaian pada Hari Perniagaan sebelumnya (“Had 15%”).

Jika Had 10% dikenakan 30 minit sebelum tamat sesi dagangan pertama, syarat berikut adalah terpakai:-

  1. Bulan kontrak tidak boleh ditentukan sebagai terganggu;
  2. Had 10% hendaklah terpakai ke atas semua bulan kontrak (kecuali bulan terkini) untuk baki sesi dagangan pertama; dan
  3. Had 15% hendaklah terpakai ke atas semua bulan kontrak (kecuali bulan terkini) semasa sesi dagangan kedua.

Jika Had 10% dikenakan kurang daripada 30 minit sebelum sesi dagangan kedua, maka Had 10% hendaklah terpakai ke atas semua bulan kontrak (kecuali bulan terkini) untuk baki Hari Perniagaan tersebut.

Bulan Kontrak Bulan terkini dan 5 bulan yang berikut, serta selepasnya, bulan silih ganti sehingga 24 bulan berikutnya.
Waktu Dagangan
  • Sesi Pertama Dagangan: Waktu Malaysia 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
  • Sesi Kedua Dagangan: Waktu Malaysia 3.00 petang hingga 6.00 petang.
Had Pegangan Spekulatif Bilangan maksimum pegangan belian bersih atau pegangan jualan bersih yang mungkin dipegang atau dikawal oleh pelanggan atau peserta ialah:
  • 800 kontrak untuk bulan terkini
  • 10,000 kontrak untuk mana-mana satu bulan kontrak kecuali bulan terkini
  • 15,000 kontrak untuk semua bulan digabungkan

Had pegangan di atas adalah had digabungkan untuk Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah dan Opsyen ke atas Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (Harap maklum bahawa had niaga hadapan bulan terkini tidak terpakai ke atas opsyen).

Hari Dagangan Akhir dan Tarikh Matang Kontrak luput pada waktu tengah hari, pada hari ke-15 dalam bulan terkini, atau jika hari ke-15 tersebut ialah hari bukan pasaran, maka Hari Dagangan sebelumnya.
Tempoh Tender Hari Kalendar pertama hingga Hari Kalendar ke-20 pada bulan terkini, atau jika hari ke-20 tersebut ialah hari bukan pasaran, maka Hari Dagangan sebelumnya.
Gred Kontrak dan Tempat Serahan

Minyak Sawit Mentah dengan kualiti boleh dagangan yang baik, secara pukal, tidak diluntur, di dalam Port Tank Installation (PTI) yang diluluskan oleh Bursa, terletak di lokasi pilihan penjual di Pelabuhan Kelang, Pulau Pinang/Butterworth dan Pasir Gudang (Johor).

Minyak sawit Bebas Asid Berlemak (FFA) yang dihantar ke Port Tank Installation (PTI) tidak boleh melebihi 4% dan yang dihantar dari Port Tank Installation (PTI) tidak boleh melebihi 5%.

Kelembapan dan bendasing tidak boleh melebihi 0.25%.

Kemerosotan nilai Indeks Kebolehlunturan (DOBI) minyak sawit yang dihantar ke Port Tank Installation (PTI) hendaklah pada nilai minimum 2.5 dan minyak sawit yang dihantar dari Port Tank Installation (PTI) hendaklah pada nilai minimum 2.31.

Unit Boleh Serah 25 tan metrik, lebih atau kurang tidak melebihi 2%.
 
Penyelesaian perbezaan berat adalah berdasarkan purata ringkas Harga Penyelesaian harian pada bulan serahan dari:
  1. Hari Perniagaan pertama pada bulan serahan hingga hari tender, jika tender dilakukan sebelum hari dagangan terakhir pada bulan serahan; atau
  2. Hari Perniagaan pertama pada bulan serahan hingga hari dagangan terakhir, jika tender dilakukan pada hari dagangan terakhir atau selepasnya.

Muat Turun Sumber

Brochure
English | BM | Chinese
6 MB | 6 MB | 6 MB (PDF)

Contract Specification
English | BM | Chinese
1.659 MB | 1.786 MB | 1.713 MB (PDF)


Get Adobe ReaderAdobe Acrobat Reader is needed to view the documents.
If you don't already have it installed on your computer, click on the icon to download it.