Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Derivatif » Pendidikan » Penjelasan Derivatif » Proses Penyelesaian - Tunai

Pendidikan

Pelajari tentang pasaran Derivatif. Anda boleh mendapatkan maklumat berguna seperti asas Derivatif, produk yang ada, kontrak hadapan dan banyak lagi.

Proses Penyelesaian - Tunai

Penjelasan Derivatif

Proses Penyelesaian - Tunai

Sistem Penjelasan Derivatif (DCS) adalah sistem yang digunakan untuk tujuan tunggal menyokong penjelasan & penyelesaian derivatif dan fungsi pengurusan risiko.

Ini termasuklah aktiviti seperti:

  1. Pembayaran kepada Pusat Penjelasan Panggilan Margin Pagi
    • Menghantar arahan debit kepada bank penyelesai sebelum pukul 8.00 pagi bagi jumlah kekurangan tunai peserta penjelasan.
    • Bank penyelesai akan melakukan pemindahan dana berkenaan kepada Akaun Penjelasan Pusat Penjelasan pada atau sebelum pukul 8.45 pagi (panggilan pertama) atau pukul 10.30 pagi (panggilan kedua)
  2. Pembayaran kepada Pusat Penjelasan Panggilan Margin Intrahari
    • Pusat Penjelasan mungkin akan meminta margin tambahan daripada peserta penjelasan pada kedudukan terbuka pada bila-bila masa semasa waktu dagangan.
  3. Pembayaran Dana kepada Pusat PenjelasanFunds Payment to the Clearing House

    Panggilan Pertama: Pemindahan sebelum 8.45 pagi
    Panggilan Kedua: Pemindahan sebelum 10.30 pagi

  4. Pengeluaran Lebihan Tunai daripada Pusat Penjelasan
    • Permohonan Pengeluaran kepada Pusat Penjelasan sebelum 10.00 pagi
    • Menjelang 11.00 pagi hari perniagaan yang sama, Pusat Penjelasan akan melakukan pemindahan lebihan tunai yang diminta kepada akaun peserta penjelasan.
  5. Penarikan Dana daripada Pusat Penjelasan Funds Withdrawal from the Clearing House