Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Derivatif » Pendidikan » Asas Derivatif » Apakah Derivatif?

Pendidikan

Pelajari tentang pasaran Derivatif. Anda boleh mendapatkan maklumat berguna seperti asas Derivatif, produk yang ada, kontrak hadapan dan banyak lagi.

Apakah Derivatif?

Asas Derivatif

Apakah Derivatif?

Derivatif ialah instrumen kewangan yang digunakan untuk mengurus pendedahan seseorang itu kepada kemeruapan pasaran pada masa ini. Nilai produk derivatif bergantung kepada dan diperoleh daripada instrumen pendasar, seperti komoditi, kadar faedah, indeks dan saham.

Dalam perkataan lain, derivatif ialah kontrak kewangan dengan nilai yang dikaitkan dengan pergerakan harga hadapan yang dijangka dengan aset asas dikaitkan. la digunakan sebagal alat untuk melindung nilai, membuat spekulasi dan arbitraj.

Hadapan dan pilihan ialah produk derivatif asas yang kebanyakannya didagangkan di Bursa. Suatu kontrak hadapan ialah perjanjian antara dua pihak untuk membeli atau menjual instrumen pendasar pada masa tertentu atau pada masa hadapan dengan harga tertentu yang ditetapkan pada hari ini.

Pilihan pula memberikan pemegang/pembeli dengan hak, tetapi tidak tanggungjawab, untuk membeli dan menjual sejumlah kuantiti instrumen pendasar pada harga ditetapkan pada masa tertentu dengan membayar premium.