Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.

Mengenai Bursa Malaysia Derivatives Berhad

Bursa Malaysia Derivatives Berhad (BMD) adalah anak syarikat yang 75% dimiliki Bursa Malaysia Berhad yang menyediakan, menjalankan dan mengekalkan bursa hadapan dan pilihan. BMD menjalankan kontrak hadapan minyak sawit mentah (FCPO) yang paling cair dan berjaya di dunia.

Profil Syarikat

Mengenai Kami

Profil Syarikat

Bursa Malaysia Derivatives Berhad (BMD),dahulunya dikenali sebagai Malaysia Derivatives Exchange Berhad (MDEX), ialah anak syarikat yang 75% dimiliki oleh Bursa Malaysia Berhad yang menyediakan, menjalankan dan mengekalkan bursa hadapan dan pilihan. BMD menjalankan kontrak hadapan minyak sawit mentah (FCPO) paling cair dan berjaya di dunia.

la beroperasi di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti dan dikawal oleh Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. BMD juga termasuk di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Malaysia,yang menawarkan pelabur keselamatan berdagang di Bursa yang dikawal selia dengan infrastruktur dan peraturan yang setara dengan pasaran ternama seluruh dunia.

Pada 17 September,2009, Bursa Malaysia Berhad memasuki kerjasama strategik dengan Chicago Mercantile Exchange (CME) dengan pandangan ia akan meningkatkan akses kepada tawaran derivatifnya ke perignkat global. Ini termasuklah pelesenan harga penyelesaian bagi FCPO bagi meletakkan Malaysia sebagai penanda aras harga global bagi komoditi itu serta pengagihan global produk Bursa Malaysia melalui platform dagangan elektronik Globex. CME kini memegang ekuiti 25% dalam Bursa Malaysia Derivatives Berhad, manakala kepentingan selebihnya 75% dipegang oleh Bursa Malaysia Berhad.

Untuk pertanyaan lanjut produk kami, sila e-mel kepada futures@bursamalaysia.com

Derivatives Annual Report 2010
1.39 KB (PDF)