Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.

Mengenai Bursa Malaysia Derivatives Berhad

Bursa Malaysia Derivatives Berhad (BMD) adalah anak syarikat yang 75% dimiliki Bursa Malaysia Berhad yang menyediakan, menjalankan dan mengekalkan bursa hadapan dan pilihan. BMD menjalankan kontrak hadapan minyak sawit mentah (FCPO) yang paling cair dan berjaya di dunia.

Lembaga Pengarah

Mengenai Kami

Lembaga Pengarah

Dato' Tajuddin Bin Atan

Dato' Tajuddin Bin Atan

Pengerusi

YBhg. Dato’ Tajuddin Atan, memperoleh Sarjana Muda Sains Perniagaan Agri daripada Universitl Putra Malaysia dan MBA daripada Ohio University. YBhg. Dato’ Tajuddin sebagai Lembaga Pengarah Bank Bumiputra (M) Berhad (BBMB) dan memegang pelbagai jawatan kanan selama lebih 16 tahun, termasuk jawatan di cawangan New York Bank. Jawatan terakhirnya dengan Bumiputra Commerce Bank, entitii gabungan perbankan Bank of Commerce Berhad dan BBMB, sebagai Bendahari, Bahagian Perbendaharan. YBhg. Dato’ Tajuddin menghabiskan beberapa tahun seterusnya dalam bidang pengurusan korporat dalam sektor perkapalan, pembangunan hartanah dan pembinaan, serta perusahaan elektronik.

Dato’ Tajuddin ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Simpanan Nasional dari Oktober 2004 hingga November 2007. Beliau menyertai Bank Pembangunan Malaysia Berhad pada Disember 2007 sebagai Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan dan kemudian dilantik sebagai Pengarah Urusan RHB Bank Berhad dan Pengarah Urusan Kumpulan RHB Capital Berhad dari Mei 2009 dan Julai 2009, hingga 31 Mac 2011

Kini, Dato’ Tajuddin, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Bursa Malaysia Berhad dan Pengarah Dana Pembangunan Pasaran Modal. Beliau juga dilantik menjadi Ahli Lembaga Amanah lkhtiar Malaysia dan Ahli Bukan Eksekutif SME Corp Malaysia. Dato’ Tajuddin juga merupakan Profesor Adjung di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia.


Bryan T. Durkin

Bryan T. Durkin

Pengarah

Bryan T. Durkin berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi CME Group. Beliau bertanggungjawab dalam Bahagian Produk dan Perkhidmatan, Pemasaran, Penyelidikan dan Pembangunan Produk, Teknologi, Operasi Global dan Penyelesaian Syarikat serta pejabat-pejabat global syarikat. Selain itu, beliau menjadi Presiden GFX Corp., anak syarikat milik penuh CME Group yang menyediakan kecairan dalam hadapan bursa asing. Beliau menerajui aktiviti integrasi global syarikat berikutan pemerolehan Chicago Board of Trade (CBOT) dan The New York Mercantile Exchange. Kerjaya beliau di CME Group dan CBOT menjangkaui 30 tahun. Beliau juga merupakan Lembaga Pengarah Bursa Malaysia Derivatives Berhad dan Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad.


Nadzirah Abdul Rashid

Nadzirah Abdul Rashid

Pengarah

Nadzirah Abdul Rashid, berusia 46 tahun, rakyat Malaysia lulusan Sarjana Muda Sastera dalam Perakaunan dari University of South Australia. Beliau menjadi ahli MIA dan CPA Australia. Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam sektor perbankan dan kewangan, terutama dalam bidang audit, kewangan dan pentadbiran. Nadzirah menyertai kumpulan Bursa Malaysia pada April 1999 sebagai Pengurus Kanan, Kewangan dan Pentadbiran di Bursa Malaysia Depository dan telah memegang beberapa jawatan utama dalam Kumpulan termasuk Naib Presiden, Kewangan dan Pentadbiran di Bursa Malaysia Securities Clearing; dan Ketua, Perakaunan Kewangan dan Pengawal Kewangan di Bursa Malaysia sebelum dilantik sebagai CFO berkuat kuasa 1 September 2006.


Julien Le Noble

Julien Le Noble

Pengarah Gantian

Julien Le Noble berkhidmat sebagai Pengarah Urusan, Asia Pasifik, CME Group yang beribu pejabat di Singapura. Beliau bertanggungjawab mengetuai inisiatif bagi memperkukuh CME Group di rantau ini, termasuk kerjasama dengan bursa serantau, bagi melaksanakan strategi pertumbuhan dan membangunkan penanda aras produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan prospektif semasa. Sebelum menyertai CME Group pada bulan Ogos 2011, Le Noble berkhidmat sebagai CEO dan Pengarah Wakil, Jepun dan Ketua Ekuiti, Asia Pasifik bagi Newedge. Sebelum penubuhan Newedge, Le Noble beliau memegang jawatan sebagai eksekutif bagi Flmat,dan menjadi Pengarah Urusan pertama di Singapura dan Jepun; dan Ketua Komoditi. Beliau menjadi pengarah gantian kepada Bryan T. Durkin dalam Lembaga Pengarah Bursa Malaysia Derivatives Berhad dan Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad.