Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Persekitaran

Persekitaran

Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, kami bermatlamat untuk mengurangkan jejak persekitaran operasi kami dan melibatkan kakitangan kami untuk memacu tingkah laku lestari di seluruh urusan kami.

Persekitaran

Kami sedar bahawa kesan operasi kami terhadap alam sekitar adalah terhad. Walau bagaimanapun, kami secara serius memikul tanggungjawab untuk menguruskan kesan kami terhadap alam sekitar. Mengurangkan jejak kami terhadap alam sekitar bukan sahaja sejajar dengan nilai teras kami sebagai sebuah syarikat, malah juga memacu manfaat yang dapat ditunjukkan dalam perniagaan kami melalui kecekapan yang lebih tinggi dan penjimatan kos.

Kami terus giat berusaha untuk meningkatkan kecekapan tenaga kami, mengurangkan pelepasan GHG, air dan sisa, memanfaatkan peluang yang ada untuk melakukannya. Ini terutamanya melibatkan kakitangan kami, menggalakkan tingkah laku yang lestari dan menaik taraf infrastruktur dan kemudahan kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif dan prestasi berkaitan alam sekitar kami bagi tahun 2017, sila muat turun Laporan Kelestarian 2017 kami melalui pautan ini.