Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Faktor-Faktor Penting Kami » Alam Sekitar

Faktor-Faktor Penting Kami

Kami berusaha menjadi pasaran utama bagi kelestarian di ASEAN dan sebuah syarikat tersenarai awam contoh yang bukan sahaja ditanda aras dengan piawai dan rangka kerja antarabangsa tetapi juga bursa-bursa yang setara.

Alam Sekitar

Alam Sekitar

Kepentingan Pengurusan Alam Sekitar [GRI103-1]

Sebagai sebuah bursa, impak langsung kami terhadap alam sekitar adalah terhad. Namun begitu, kami merasakan bahawa pengurusan alam sekitar merupakan tunjang utama tanggungjawab korporat dan kami menggalakkan amalan alam sekitar yang baik di kalangan pekerja dan pihak-pihak berkepentingan kami. Walaupun topik-topik tentang alam sekitar tidak dikenal pasti sebagai penting kepada organisasi kami, selaras dengan jangkaan pihak berkepentingan kami, kami telah memuatkan inisiatif-inisiatif dan prestasi alam sekitar utama kami di dalam Laporan Kelestarian ini.

Pendekatan kami terhadap Pengurusan Alam Sekitar [GRI103-2]

Inisiatif-inisiatif alam sekitar kami diurus oleh Jabatan Perkhidmatan Korporat kami melalui bahagian Pengurusan Bangunan dan Pentadbiran kami. Buat masa ini, kami tidak mempunyai Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) yang khusus.

Tumpuan kami adalah kepada pengurusan sumber asli melalui penggunaan elektrik dan air serta pengurusan sisa umum dan buangan terjadual. Kami juga mengawasi jejak karbon berkaitan penggunaan elektrik kami (pelepasan Skop 2).

Memandangkan penggunaan elektrik merupakan 96% daripada pelepasan gas rumah tanaman (GHG) dengan selebihnya terdiri daripada penggunaan kertas dan penerbangan disebabkan kerja, kami berhasrat untuk mengurangkan pelepasan GHG kami sebanyak 0.5% tahun demi tahun. Perkara ini akan memastikan bahawa kami terus mencari jalan untuk mengurangkan impak operasi kami terhadap alam sekitar.

Pengurusan Tenaga dan Pelepasan Gas Rumah Tanaman [GRI302-1, GRI305-1, 2]

Penggunaan tenaga tahunan kami di ibu pejabat Exchange Square di Kuala Lumpur telah berkurangan sebanyak 13% sejak tahun 20111. Tenaga kami diperoleh semata-mata daripada bekalan elektrik tempatan. Pengurangan tersebut dapat dianggap disebabkan oleh pelbagai inisiatif yang telah kami laksanakan untuk mengurangkan penggunaan kami, seperti:

Jumlah penggunaan tenaga bagi ibu pejabat kami pada tahun 2016 ialah 7,817,810kWh (atau 28,144.12GJ). Data daripada lokasi pejabat Labuan kami tidak termasuk dalam jumlah itu kerana sumbangannya sedikit.

Bagi pelepasan gas rumah tanaman (GHG), kami mengira dan menjejaki pelepasan tenaga tidak langsung (Skop 2) di ibu pejabat Exchange Square kami memandangkan penggunaan elektrik ialah komponen paling besar jejak karbon kami. Jumlah pelepasan Skop 2 kami ialah 5,840 tan CO2 setara (tCO2e) bagi tahun 20162. Ini menjadikan pengurusan penggunaan tenaga kami satu faktor penting dalam mengurangkan pelepasan Skop 2 kami dan kesan alam sekitar kami. Memandangkan kami merupakan sebuah bursa dan kami tidak mengendalikan kumpulan kenderaan syarikat, kami merasakan bahawa pemantauan pelepasan langsung (Skop 1) adalah tidak berkaitan.

Perincian selanjutnya berkenaan penggunaan tenaga dan pelepasan GHG kami ada di dalam Lampiran Data Prestasi EES laporan ini.

Sustainability Environmental

Pengurusan Air [GRI303-1, 3]

Di ibu pejabat Exchange Square kami di Kuala Lumpur, kami menggunakan air daripada sumber tempatan daripada pembekal kemudahan air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.. Pada tahun 2016 kami telah membeli jumlah air sebanyak 53,940m3bersamaan dengan pengurangan sebanyak 14.65% bagi jumlah air yang dibeli sejak kami mula merekodkan penggunaan kami pada tahun 20113. Pengurangan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh inisiatif-inisiatif pengurusan air kami:

Air yang digunakan di lokasi pejabat Labuan kami tidak termasuk dalam jumlah itu kerana sumbangannya sedikit. Air tidak digunakan semula atau dikitar semula di mana-mana lokasi pejabat.

Pengurusan Sisa [GRI306-2]

WOperasi kami menghasilkan dua jenis bahan buangan: sisa umum dan buangan terjadual. Buangan terjadual kami merupakan sebahagian kecil daripada keseluruhan bahan buangan kami dengan hanya 0.08% daripada jumlah berat sisa pada tahun 2016. Buangan terjadual terdiri daripada sisa elektronik4, kebanyakannya tiub pendarfluor5 pada tahun 2016 hasil daripada penyiapan pengubahsuaian kelengkapan lampu yang dimulakan pada tahun 2015. Kami melantik kontraktor buangan yang diluluskan oleh kerajaan untuk memindahkan dan melupuskan kedua-dua jenis bahan buangan tersebut. Pelupusan sisa daripada lokasi pejabat Labuan kami tidak termasuk kerana sumbangannya sedikit. Sisa umum dibuang ke tapak pelupusan sisa pepejal di Bukit Tagar melalui stesen tukar sisa Stesen Pemindahan Kuala Lumpur Taman Lembah Beringin. Buangan terjadual dilupuskan dengan sewajarnya bergantung kepada komposisinya. Tiub pendarfluor dikutip dan dibawa ke sebuah loji kitar semula di Telok Gong, Klang. Di loji kitar semula tersebut, raksa dikeluarkan daripada tiub-tiub pendarfluor dan sisa tiub dilupuskan dan dikitar semula menggunakan mesin penghancur.

Kami berhasrat untuk mengurangkan pelepasan GHG kami sebanyak 0.5% tahun demi tahun di masa hadapan daripada angka asas 2016, memastikan bahawa kami terus mencari jalan untuk mengurangkan kesan operasi kami terhadap alam sekitar.

Pada tahun 2016, kami telah memulakan kempen 3R untuk menggalakkan persekitaran pejabat yang lebih hijau. Kempen itu bermatlamat mendapatkan penyertaan penuh dan komitmen daripada semua pekerja Bursa Malaysia dalam aktiviti-aktiviti berikut:

  1. Mengurangkan penggunaan tenaga, air dan kertas secara mengoptimumkan penggunaan.
  2. Mengurangkan penggunaan kertas dengan meminimumkan cetakan/fotokopi atau penggunaan dokumen berasaskan kertas dengan mencetak hanya draf akhir, mencetak di kedua-dua belah kertas, menggunakan pengimbas atau e-mel untuk berkongsi atau menyimpan dokumen secara elektronik.
  3. Menggunakan semula kertas untuk meminimumkan buangan dengan menggunakan kertas yang telah dicetak pada satu belah untuk draf dokumen.
  4. Kitar semula kertas/bahan-bahan lain.

1. Skop meliputi keseluruhan bangunan dengan penggunaan elektrik oleh staf kedua-dua Bursa Malaysia dan penyewa-penyewa.
2. Pelepasan karbon yang dilaporkan merujuk kepada keperluan ‘Piawaian Perakaunan Korporat dan Pelaporan Protokol GHG’ WRI dan WBCSD. Pelepasan CO2 setara bagi elektrik (Skop 2) dikira berdasarkan faktor pertukaran daripada Garis Panduan Pelaporan GHG MYCarbon.
3. Skop meliputi keseluruhan bangunan dengan penggunaan air oleh staf kedua-dua Bursa Malaysia dan penyewa-penyewa.
4. Kod SW110 dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005
5. Kod SW109 dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, sisa yang mengandungi raksa atau sebatiannya.