Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Faktor-Faktor Penting Kami » Teknologi

Faktor-Faktor Penting Kami

Kami berusaha menjadi pasaran utama bagi kelestarian di ASEAN dan sebuah syarikat tersenarai awam contoh yang bukan sahaja ditanda aras dengan piawai dan rangka kerja antarabangsa tetapi juga bursa-bursa yang setara.

Teknologi

Teknologi

Kepentingan Teknologi [GRI103-1]

Teknologi telah menjadi penggerak utama Bursa Malaysia dalam misi kami untuk membawa kecekapan dan pembaharuan kepada bursa, juga kepada anggota dagangan kami dan pelabur secara umumnya. Diberikan peranan utama ini, teknologi merupakan satu topik penting di seluruh operasi kami.

Pendekatan kami terhadap Teknologi [GRI103-2]

Jabatan Teknologi dan Pengurusan Maklumat kami bertanggungjawab bagi hal-hal teknologi di Bursa Malaysia. Pendekatan kami adalah berpandukan Strategi Teknologi 2017-2020 kami, sebagaimana yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan (MANCO) dan Lembaga Pengarah kami pada bulan Disember 2016. Keberkesanan strategi ini akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemandu Projek kami dan akan turut disemak oleh MANCO dan Jawatankuasa Pemandu Transformasi kami. Prestasi turut diukur melalui Kad Skor dan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) kami sebagaimana yang ditetapkan dalam Strategi Teknologi kami. Lembaga Pengarah kami bertanggungjawab mengawasi proses ini.

Menambah Baik Ketersampaian dan Pengalaman Pelanggan

Sebagai sebuah bursa, ketersampaian dan kebolehpercayaan sistem dagangan kami adalah paling utama. Kami mengalami masa henti sifar pada tahun 2016, dengan semua sistem mencatatkan ketersediaan 100% sepanjang tahun.

Piawaian Keselamatan Siber yang Tinggi

Keselamatan siber telah menjadi kebimbangan utama di peringkat global. Sehubungan itu, kami terus memberikan penekanan dan berwaspada dalam bidang ini. Untuk memastikan sistem dan maklumat kami selamat, kami telah memperoleh dan memasang alat keselamatan dan mekanisme teknologi maklumat yang mencukupi untuk mempertingkatkan keupayaan daya tahan siber kami untuk menjangka, bertahan, membendung dan cepat pulih daripada insiden siber dengan matlamat untuk mengehadkan peningkatan risiko yang timbul disebabkan oleh ancaman siber kepada kedua-dua syarikat kami dan pasaran modal yang lebih luas. Alat dan mekanisme itu disemak semula dan dinilai bagi mematuhi Panduan Daya Tahan Siber bagi Infrastruktur Pasaran Kewangan yang dikeluarkan oleh IOSCO serta untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Risiko Siber yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kami menggunakan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang diperakui, MS ISO/IEC 27001:2013.

Pusat Operasi Keselamatan kami menyediakan pemantauan 24/7 peranti berkaitan internet yang meliputi sebilangan jenis peristiwa:

Secara keseluruhannya, 177 peristiwa telah dikesan sepanjang 2016, tetapi telah tidak menyebabkan pelanggaran peraturan keselamatan. Secara keseluruhannya tahap risiko sepanjang tempoh itu diklasifikasikan sebagai Rendah dengan mencatatkan pelanggaran sifar. Pada tahun 2015, kami telah memulakan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan pengurusan ancaman siber di kalangan komuniti dagangan. Meneruskan tumpuan ini pada tahun 2016, kemajuan kami termasuk:

Kami berazam mencapai tahap 100% bagi ketersediaan perkhidmatan dan masa hidup memandangkan ia merupakan satu faktor prestasi yang amat penting. Di masa hadapan, teknologi turut memainkan peranan penting dalam aspirasi kami untuk mencapai keupayaan sebuah bursa yang maju dalam tempoh terdekat. Hasrat ini didorong oleh tiga tema stretegik kami:

1. Ketersampaian ke ASEAN dan Global

Kami merancang untuk meningkatkan infrastruktur teknologi semasa agar menjadi lebih teguh dan keberkesanan kos. Kami akan menggunakan perkhidmatan mudah alih untuk memperkayakan pengalaman pelabur. Bagi aktiviti-aktiviti rentas sempadan, kami akan memanfaatkan dan mempergunakan pembangunan teknologi untuk meningkatkan keterkaitan dengan bursa-bursa bersekutu. Bagi menjangkau pasaran kami dan pelanggan-pelanggan baharu, kami akan menggunakan internet dan perkhidmatan pengkomputeran awan.

Bagi membangunkan Aplikasi Pengaturcaraan Antara Muka (API) dan aplikasi mudah alih, kami akan mencari perkongsian dengan syarikat-syarikat teknologi kewangan (FinTech). Media sosial akan turut digunakan untuk melibatkan para pelabur kami.

2. Mengamalkan Teknologi Inovatif

Pembaharuan dalam teknologi penting bagi pertumbuhan perkhidmatan perniagaan baharu. Tumpuan ialah untuk membina sebuah organisasi yang kaya dengan maklumat, keberkesanan pengurusan proses hujung ke hujung, pengurusan risiko melalui rangka kerja bersepadu seluruh industri, memudahkan pengalaman dagangan yang menarik dan menyediakan infrastruktur yang teguh dan mudah suai untuk menyokong perniagaan pasaran modal masa depan. Analisis Data Raya dan keupayaan Kecerdasan Buatan boleh digunakan untuk memungkinkan sebuah organisasi yang kaya dengan maklumat. Pemprosesan hujung ke hujung atau pemprosesan pantas (STP) boleh ditambah baik melalui penggunaan blok rantaian dan pendigitalisan. Memperkenalkan data pergerakan harga bagi dagangan algoritma dan platform dagangan rentas pasaran antara pasaran sekuriti dan derivatif ialah satu daripada bidang di mana teknologi inovatif boleh diguna pakai. Bidang-bidang berpotensi yang menawarkan pembaharuan termasuk meninjau perkongsian dengan syarikat-syarikat FinTech untuk mengembangkan keupayaan baharu dan untuk meninjau potensi bagi meningkatkan ketersampaian, kecekapan, keselamatan dan mutu perkhidmatan bursa.

3. Ketersediaan Perkhidmatan dan Kaitan 100% yang Mampan

Untuk merealisasikan matlamat strategik ini, kami perlu memastikan agar sistem sentiasa dikemaskinikan dan bahawa piawaian dan amalan-amalan terbaik diguna pakai untuk mengurus dan menyokong sistem dan perkhidmatan. Sebagai tambahan, persekitaran infrastruktur harus diurus dengan berkesan dan tadbir urus yang baik diamalkan bagi mendapatkan kawalan optimum. Antara komponen utama untuk mencapai matlamat ini ialah Mekanisme Pemantauan Proaktif dan Pemulihan Automatik, Model Proses Matang untuk menyediakan standard pengurusan perkhidmatan dan penyampaian yang tinggi dan Pengurusan Keselamatan Matang untuk menyediakan standard tadbir urus keselamatan dan amalan yang tinggi.

Landskap pasaran berkembang secara berterusan dan bursa perlu mengikuti perkembangan-perkembangan terbaru dan mempergunakan teknologi baharu, inovatif dan menggendala untuk melopori aspirasinya mencapai status bursa yang maju.