Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Faktor-Faktor Penting Kami » Tenaga Kerja

Faktor-Faktor Penting Kami

Ketika kami memantau, mengurus dan melaporkan pelbagai isu yang meluas, kunci kepada pendekatan kami adalah untuk menumpukan sumber risiko kelestarian penting dan peluang kami yang dikaitkan dengan setiap faktor penting. Ini membolehkan kami memenuhi dengan baik keperluan pemegang kepentingan dan memastikan kejayaan jangka panjang perniagaan kami.

Tenaga Kerja

Tenaga Kerja

Dalam perniagaan kami, kakitangan kami merupakan aset yang paling penting. Kakitangan yang berpuas hati, produktif dan bermotivasi akan memberi pengalaman pelanggan yang hebat. Dengan persaingan yang sengit di peringkat serantau, kunci untuk terus beroperasi adalah mengekalkan dan membangunkan bakat kami agar bersedia untuk masa depan dan berdaya tahan menghadapi cabaran baharu dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah-ubah.

Sebagai pengendali pasaran modal, memperoleh dan membangunkan tenaga kerja terbaik adalah kunci kepada pertumbuhan dan kejayaan kami. Kami berusaha sebaik mungkin untuk menyokong perkembangan kerjaya dan terus menggalakkan lagi pembangunan berterusan di mana kakitangan kami diberi peluang yang mencukupi untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kami komited untuk menjadi majikan yang inklusif dan memberi peluang yang saksama. Di samping itu, kami menjaga hal ehwal kakitangan dan menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Kami percaya ini adalah penting untuk membangunkan tenaga kerja berprestasi tinggi yang boleh menyampaikan misi kami dan memastikan kami terus dinamik dan relevan.

Dalam usaha ke arah menjadikan Bursa Malaysia sebuah Organisasi Berprestasi Tinggi (HPO) yang bertaraf dunia, kami merangka strategi Sumber Manusia yang berlandaskan dalam tiga penggerak perubahan yang berikut:

a. Perubahan Budaya Organisasi

b. Penggerak Tenaga Kerja yang Agresif

c. Amalan Kerja Berprestasi Tinggi

Untuk maklumat lanjut mengenai cara kami mengurus dan melibatkan tenaga kerja kami pada tahun 2017, sila baca Laporan Kelestarian 2017 kami, yang boleh didapati di sini.