Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Faktor-Faktor Penting Kami » Komuniti Kami

Faktor-Faktor Penting Kami

Kami berusaha menjadi pasaran utama bagi kelestarian di ASEAN dan sebuah syarikat tersenarai awam contoh yang bukan sahaja ditanda aras dengan piawai dan rangka kerja antarabangsa tetapi juga bursa-bursa yang setara.

Komuniti Kami

Komuniti Kami

Kepentingan Komuniti [GRI103-1]

Pengaruh Bursa Malaysia ke atas komuniti adalah luas. Walaupun topik-topik sosial seperti itu tidak dikenal pasti sebagai penting bagi organisasi kami, selaras dengan jangkaan pihak berkepentingan kami, inisiatif-inisiatif dan prestasi pelaburan komuniti utama kami telah dimuatkan di dalam Laporan Kelestarian ini.

Pendekatan Kami [GRI103-2]

Inisiatif-inisiatif kami dalam komuniti berpusat kepada:

Bursa Malaysia belum melakukan sebarang penilaian keperluan komuniti yang formal atau penaksiran kesan alam sekitar atau sosial. Keputusan untuk meneruskan usaha meningkatkan kesedaran tentang pasaran modal dalam komuniti didorong oleh strategi perniagaan kami dan memupuk penyertaan pelabur-pelabur runcit kekal sebagai satu sasaran perniagaan yang utama. Keputusan untuk meneruskan aktiviti pendidikan dan aktiviti sukarela pekerja didorong oleh keinginan kami untuk menjadi warga korporat yang bertanggungjawab yang menyumbang kepada pendidikan dan berkhidmat sebagai sebuah platform bagi pencarian dana, kesukarelawanan dan penglibatan pekerja.

Aktiviti-aktiviti komuniti tersebut melibatkan unit-unit perniagaan Pasaran Sekuriti, Pasaran Derivatif dan Pasaran Modal Islam, pekerja dan pihak-pihak berkepentingan luaran. Bursa Malaysia tidak menyebabkan atau menyumbang kepada bidang-bidang yang mahu ditangani oleh yang aktiviti-aktiviti komuniti kami dan Bursa tidak berkait secara langsung dengan bidang-bidang tersebut melalui hubungan perniagaan.

Unit-unit perniagaan Pasaran Sekuriti, Pasaran Derivatif dan Pasaran Modal Islam merancang, menguruskan dan melaksanakan semua program-program pendidikan kesedaran pasaran modal untuk orang awam dan penuntut universiti.

Program latihan amali kami dan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) adalah dirancang, diuruskan dan dilaksanakan oleh Jabatan Sumber Manusia kami.

Yayasan kami, Yayasan Bursa Malaysia, menyelia Program Biasiswa Yayasan kami, Anugerah Kecemerlangan Yayasan dan Bursa Bull Charge. Bursa Malaysia menguntukkan dana secara tahunan bagi aktiviti-aktiviti Yayasan kami.

Inisiatif-Inisiatif Kami [GRI413-1]

Kami terlibat secara aktif dalam komuniti kami melalui beberapa aktiviti. Data tentang kadar penyertaan dan bilangan aktiviti yang dijalankan ada di dalam seksyen ini. Kami tidak mengukur impak atau menetapkan sasaran bagi aktiviti-aktiviti tersebut.

Meningkatkan Kesedaran Pasaran Modal

Asas usaha-usaha kami untuk meningkatkan kesedaran pasaran modal ialah tapak web BursaMKTPLC kami. Bersama-sama rakan kongsi kandungan, Bursa Malaysia telah menyediakan BursaMKTPLC, sebuah tapak web interaktif yang membantu pelabur-pelabur runcit dengan menyediakan maklumat asas dan alat-alat sokongan untuk memudahkan dagangan. Maklumat dikemukakan dalam bentuk ringkas dan mudah difahami menggunakan pelbagai medium seperti petikan video dan infografik manakala alat-alat menyediakan capaian boleh dicari dan mudah kepada hasil penyelidikan dan berita yang berkaitan.

Aktiviti-aktiviti lain kami yang berkait dengan meningkatkan kesedaran pasaran modal termasuk:

 
Inisiatif Ukuran 2015 2016
Lawatan Kesedaran Pasaran Bilangan penuntut yang terlibat 3,275 2,904
Kelab Pelabur Muda Bursa Bilangan penuntut yang terlibat 1,823 2,549
Bengkel Pendidikan Pelabur Bursa Bilangan peserta 1,514 5,387
Hari Universiti Bursa Bilangan penuntut yang terlibat 637 554

Pendidikan

Kami percaya bahawa sumbangan terhadap pendidikan melambangkan sebuah warga korporat yang bertanggungjawab dan kami telah banyak melaksanakannya melalui:

 
Inisiatif Ukuran 2015 2016
Program Biasiswa Yayasan Bilangan penuntut dalam program itu 26 19
Anugerah Kecemerlangan Yayasan6 Bilangan penerima 32 29
Program Latihan Amali Bilangan penuntut yang dilatih 10 23
Skim Latihan 1 Malaysia Bilangan siswazah yang dilatih 11 13

Kesukarelawanan dan Penglibatan Pekerja

Pekerja kami merupakan sumber dan pihak berkepentingan yang penting bagi kami.

Kami telah melibatkan pekerja kami dengan cara-cara berikut:

 
Inisiatif Ukuran 2015 2016
Perbualan CEO Bilangan sesi yang diadakan 2 2
Kempen Kesejahteraan Bilangan kempen yang dijalankan 2 2
Kesukarelawanan Pekerja7 Bilangan pekerja 596 120
Bilangan jam semasa waktu bekerja syarikat bagi aktiviti sukarelawan 3,462 1,718

Pencarian Dana

Kami percaya sumbangan secara umum kepada pertubuhan amal melambangkan sebuah warga korporat yang bertanggungajwab dan kami menganjurkan satu acara larian tahunan untuk mengumpul dana bagi tujuan itu.

Acara perdana kami, Bursa Bull Charge (sebelum ini dikenali sebagai The Edge-Bursa Malaysia Kuala Lumpur Rat Race daripada tahun 2000 - 2013) telah mengumpul sejumlah RM2.2 juta pada tahun 2016 untuk 37 buah organisasi penerima manfaat.

 
Inisiatif Ukuran 2015 2016
The Bursa Bull Charge Derma terkumpul (RM juta) 1.8 2.2
Bilangan syarikat yang mengambil bahagian 179 217
Bilangan pelari 1800 2022
Bilangan organisasi penerima manfaat 28 37
Amaun kumulatif terkumpul termasuk Rat Race (RM juta) 20.3 22.5
Bilangan kumulatif penerima manfaat termasuk daripada Rat Race 232 289


6. Program Biasiswa bagi tahun 2016 telah ditangguhkan sementara kajian semula struktur program itu dilakukan. Penurunan bilangan penuntut pada tahun 2015 dan 2016 adalah kerana 7 orang penuntut telah menamatkan pengajian mereka.
7. Kerja sukarelawan yang dianjurkan dan dimulakan oleh Bahagian Pelaburan Komuniti (cth. Bull Charge 2016)