Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Faktor-Faktor Penting Kami » Integriti & Kestabilan Pasaran

Faktor-Faktor Penting Kami

Ketika kami memantau, mengurus dan melaporkan pelbagai isu yang meluas, kunci kepada pendekatan kami adalah untuk menumpukan sumber risiko kelestarian penting dan peluang kami yang dikaitkan dengan setiap faktor penting. Ini membolehkan kami memenuhi dengan baik keperluan pemegang kepentingan dan memastikan kejayaan jangka panjang perniagaan kami.

Integriti & Kestabilan Pasaran

Integriti & Kestabilan Pasaran

Cita-cita kami untuk memudahcarakan pembangunan pasaran modal yang berkualiti dan lestari yang dibina daripada asas pengawalseliaan yang seimbang, ketelusan, pengawalseliaan kendiri dan tatalaku perniagaan bertahap tinggi.

Integriti dan kestabilan adalah penting kepada pembangunan pasaran modal yang berkualiti dan lestari. Kami telah menyediakan rangka kerja yang komprehensif dan lestari, merangkumi pelbagai individu yang dikawal selia dan operasi. Kami berusaha untuk memastikan pasaran yang cekap, adil dan teratur yang melindungi kepentingan pelabur/pendeposit, di samping menggalakkan aktiviti pengumpulan dana dan pertumbuhan pasaran. Kami juga berusaha untuk menggalakkan dan memudahcarakan budaya tadbir urus korporat (corporate governance - CG) dan kelestarian yang kukuh dalam pasaran modal, kerana kami percaya bahawa ini adalah penting untuk mewujudkan pertumbuhan jangka panjang dan inklusif bagi ekonomi Malaysia secara keseluruhan.

Kami beroperasi dalam persekitaran yang dinamik dengan risiko kawal selia yang terus meningkat. Oleh itu, bagi memastikan integriti dan kestabilan pasaran, kami terus memperhalusi Rancangan Kawal Selia tiga tahun kami agar terus berkesan. Sepanjang pembangunan dan pelaksanaan Rancangan Kawal Selia kami, kami mengadakan penglibatan bersama badan-badan kawal selia, kumpulan pelabur, syarikat tersenarai awam (public listed companies - PLC), persatuan industri, penasihat, pengantara dan pihak-pihak yang berkaitan untuk memastikan kami mengambil kira keperluan semua pemegang kepentingan.

Hari ini, kita mempunyai pasaran yang dikawal selia dengan baik yang disokong oleh tahap perlindungan pelabur yang mencukupi. Rangka kerja dan pendekatan kawal selia kami ditanda aras terhadap piawaian antarabangsa pengawalseliaan pasaran dan tahap pematuhan terhadap peraturan kami oleh PLC dan pengantara kami adalah tinggi. Kami juga memerhatikan bahawa budaya pengawalseliaan kendiri dan kualiti amalan terus mengukuh sepanjang beberapa tahun yang lalu.

Dengan itu, Rancangan Kawal Selia semasa kami bermatlamat untuk terus mengukuhkan kualiti pasaran, meningkatkan kecekapan dan memudahcarakan pembangunan pasaran modal Malaysia melalui bidang-bidang tumpuan berikut:

Untuk butiran lanjut mengenai cara kami terus mengekalkan integriti dan kestabilan pasaran pada tahun 2017, sila baca Laporan Kelestarian 2017 kami, yang boleh didapati di sini.