Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Faktor-Faktor Penting Kami » Persaingan

Faktor-Faktor Penting Kami

Kami berusaha menjadi pasaran utama bagi kelestarian di ASEAN dan sebuah syarikat tersenarai awam contoh yang bukan sahaja ditanda aras dengan piawai dan rangka kerja antarabangsa tetapi juga bursa-bursa yang setara.

Persaingan

Persaingan

Bursa Malaysia terdedah kepada persaingan sengit di kedua-dua peringkat serantau dan global. Berdasarkan data daripada Persekutuan Bursa Sedunia (WFE), industri bursa global bernilai USD66 trilion daripada sudut permodalan pasaran domestik setakat akhir Disember 2016. Walaupun pewajaran saham-saham Malaysia dalam Indeks Pasaran Memuncul MSCI dianggarkan berada di paras 3.1% semasa kajian semula indeks pada bulan Mei 2016, kami merupakan bursa saham ASEAN yang keempat terbesar berdasarkan data WFE setakat akhir tahun 2016.

Kepentingan Persaingan [GRI103-1]

Landskap bagi bursa-bursa sedunia sedang pesat berkembang dan telah memberi kesan hebat terhadap Bursa Malaysia. Penunjuk pasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan bahawa walaupun pasaran kami telah bertambah besar, kami menghadapi cabaran yang jelas dalam menarik syarikat-syarikat bermodal besar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia, menambah baik halaju pasaran, membina kumpulan pelabur runcit dan menarik penyertaan domestik dalam niaga hadapan bagi perlindungan nilai untuk perkembangan derivatif. Sebagai gerak balas, Bursa Malaysia sedang menerokai peluang-peluang tak organik, perkongsian dan usaha sama yang akan menawarkan sinergi dan pertumbuhan, terutamanya dalam pembangunan produk dan pengantarabangsaan pengedaran kami. Perkara-perkara tersebut telah dimuatkan dalam Rangka Tindakan Bursa Malaysia dan matlamat strategik kami yang akan mendorong kami ke arah kedudukan akhir yang diingini iaitu menjadi Pasaran Utama Asia.

Pendekatan kami terhadap Persaingan [GRI103-2]

Tanggungjawab untuk mengurus pendekatan kami terhadap persaingan dilaksanakan oleh beberapa bahagian:

Pendekatan kami diuruskan selaras dengan ‘Rangka Tindakan Bursa Malaysia’ dalaman kami yang menjejaki dan mengukur prestasi dan pencapaian peristiwa penting utama melalui Kad Skor Korporat dan Jabatan. Keberkesanan pendekatan itu dinilai melalui dua kaedah yang berasingan, pertama ialah Pejabat Pengurusan Program/Projek untuk membantu kumpulan meningkatkan keberkesanan, kecekapan dan ketekalan dalam kitaran penuh program/projek serta menginstitusikan amalan terbaik dan metodologi piawai. Kedua ialah penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Usul Perniagaan untuk menilai usul-usul perniagaan bagi penjajaran matlamat dan natijah projek dengan Pelan Strategik dan Perniagaan keseluruhan kami.

Penandaarasan dan Perbandingan Setara

  Sustainability Competition Graph