Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Faktor-Faktor Penting Kami

Faktor-Faktor Penting Kami

Ketika kami memantau, mengurus dan melaporkan pelbagai isu yang meluas, kunci kepada pendekatan kami adalah untuk menumpukan sumber risiko kelestarian penting dan peluang kami yang dikaitkan dengan setiap faktor penting. Ini membolehkan kami memenuhi dengan baik keperluan pemegang kepentingan dan memastikan kejayaan jangka panjang perniagaan kami.

Faktor-Faktor Penting Kami

Untuk menentukan hal-hal kelestarian penting kami (iaitu, risiko dan peluang kelestarian penting), kami menjalankan penilaian materialiti pada tahun 2016. Senarai faktor-faktor kelestarian penting dinyatakan dalam Penyata dan Laporan Kelestarian Bursa Malaysia 2016. Bagi memastikan faktor-faktor kelestarian penting yang dikenal pasti pada tahun 2016 kekal relevan dan penting kepada perniagaan dan pemegang kepentingan kami, pengesahan faktor kelestarian penting telah dijalankan bersama kumpulan pemegang kepentingan yang lebih luas pada tahun 2017 menerusi kaji selidik dalam talian. Kebanyakan pihak berkepentingan yang dikaji selidik bersetuju dengan faktor-faktor kelestarian penting yang kami gariskan. Untuk butiran terperinci mengenai penilaian materialiti kami, sila baca Laporan Kelestarian kami, yang boleh didapati di sini.

FAKTOR PENTINGHURAIANAPAKAH RISIKONYA?APAKAH PELUANGNYA?

PERSAINGAN

Bursa Malaysia terdedah kepada daya saingan dalam pasaran sekuriti, derivatif dan pasaran modal Islam daripada bursa-bursa serantau dan global bagi tujuan pelaburan dan pengumpulan modal.

  • Kekurangan kecairan dalam pasaran boleh menghalang daya tarikan pasaran kita, yang seterusnya menyebabkan para penerbit untuk membuat penyenaraian di bursa lain, dan pelabur melabur dalam pasaran lain

  • Aliran masuk dana asing boleh berkurangan dengan adanya tawaran dan ekosistem yang lebih kompetitif di bursa lain

  • Rangka kerja kawal selia yang memudah (facilitative) dan menangani isu ekosistem akan meningkatkan daya saing platform kami bagi pengumpulan dana dan terbitan produk. Ini akan menarik pelabur domestik dan serantau serta penerbit kepada pasaran kami

  • Pemasaran yang komprehensif bersama pengantara untuk menarik lebih ramai pelabur kepada pasaran kami

  • Produk inovatif dan ekosistem mesra pelabur boleh ditawarkan untuk menarik pelabur dengan strategi pelaburan dan selera risiko yang berbeza untuk melabur dalam pasaran kami

  • Perkongsian dan kerjasama serantau (terutamanya dalam pembangunan produk dan keterhubungan pasaran) boleh diwujudkan untuk meningkatkan jangkauan pasaran global kita


INTEGRITI DAN KESTABILAN PASARAN

Pasaran yang dikawal selia dengan baik, disokong oleh rangka kerja kawal selia yang berkesan dan seimbang yang menyediakan tahap perlindungan pelabur yang mencukupi di samping memudahcarakan keberkesanan dan inovasi perniagaan, adalah penting untuk pertumbuhan dan pembangunan pasaran yang berterusan.

  • Mana-mana peristiwa - seperti pelanggaran peraturan, amalan tadbir urus korporat (CG) yang lemah - yang menjejaskan integriti atau kestabilan akan mempengaruhi keyakinan pemegang kepentingan, dan mungkin penyertaan dalam pasaran

  • Pengawalseliaan berlebihan boleh meningkatkan kos pematuhan dan mewujudkan halangan kepada pasaran dan secara khusus, syarikat awam tersenarai dan pengantara untuk membangun dan melakukan inovasi

  • Budaya CG dan kelestarian yang kurang baik, boleh membawa kepada kurangnya ketelusan dan amalan CG dan kelestarian yang lemah

  • Mempunyai pendekatan yang mantap untuk memastikan integriti dan kestabilan pasaran berfungsi untuk memupuk kepercayaan dan keyakinan, yang seterusnya meningkatkan penyertaan dan pertumbuhan

  • Memupuk budaya CG dan kelestarian yang kukuh juga akan memacu nilai jangka panjang, dalam pasaran dan Bursa Malaysia


TEKNOLOGI

Teknologi merupakan penggerak utama serta sumber berpotensi untuk menganggu model perniagaan kami dalam jangka masa panjang. Ia memastikan daya tahan dan kebolehpercayaan infrastruktur pasaran, di samping meningkatkan kecekapan dan inovasi untuk para peserta pasaran.

  • Teknologi adalah penting bagi mengekalkan ketersediaan dan kebolehpercayaan perkhidmatan bagi menghalang sebarang gangguan kepada perniagaan kami dan pasaran

  • Kebergantungan yang meningkat terhadap teknologi bermakna bertambahnya pendedahan kepada risiko ancaman siber. Di samping itu, langkah-langkah perlindungan data yang kukuh adalah diperlukan bagi memastikan sistem kami berjalan dengan cekap dan produktif

  • Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian digital, mudah alih dan mesra pelanggan dalam pasaran, terus mengikuti trend dan perkembangan teknologi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan terbaik sebagai bursa bersepadu

  • Teknologi dapat membolehkan aktiviti rentas sempadan dan meningkatkan keterhubungan dengan bursa-bursa rakan kongsi


TENAGA KERJA

Bursa Malaysia memainkan peranan khusus sebagai pengawal selia pasaran barisan hadapan, pengendali pasaran, dan syarikat awam tersenarai. Oleh itu, memperoleh dan membangunkan tenaga kerja terbaik adalah penting kepada pertumbuhan dan kejayaan kami. Ini menjadi strategi untuk pengambilan, pembangunan, penglibatan dan pengekalan kakitangan kami adalah penting untuk memacu organisasi ke arah memenuhi matlamat dan aspirasi kami.

  • Beroperasi dalam industri yang amat khusus, menarik dan mengekalkan tenaga kerja terbaik bagi memastikan kami berupaya terus melaksanakan dan memenuhi objektif kami, merupakan satu cabaran

  • Di samping itu, bagi peranan pemimpin dan kritikal, perancangan penggantian adalah penting untuk menjamin prestasi jangka panjang kami sebagai sebuah syarikat

  • Mewujudkan tenaga kerja yang berdedikasi dan bersemangat dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama

  • Mempunyai tenaga kerja yang pelbagai, dengan gabungan persepektif dan latar belakang yang mewakili masyarakat, akan meletakkan kami pada kedudukan yang terbaik untuk mengemudi persekitaran operasi kami

  • Memupuk budaya pembelajaran dalam organisasi bagi memastikan tenaga kerja kami bersedia untuk masa depan dan berupaya memenuhi keperluan pasaran yang berkembang