Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Sumbangan Kami Terhadap Matlamat Pembangunan Lestari

Sumbangan Kami Terhadap Matlamat Pembangunan Lestari

Sumbangan kepada Matlamat Pembangunan Lestari yang relevan merupakan tanggungjawab kami dan memberikan kami peluang yang amat bernilai untuk memenuhi keperluan masyarakat, dan mentransformasikan masyarakat dan ekonomi ke arah yang lebih baik.

Sumbangan Kami Terhadap Matlamat Pembangunan Lestari

Dilancarkan ketika Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bersejarah di New York pada 2016, Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) telah disahkan oleh 193 negara anggota PBB sebagai rangka kerja bagi negara-negara, perniagaan dan masyarakat sivil untuk menumpukan usaha mereka dalam mentransformasi dunia menjelang 2030. Bagi Malaysia, SDGs adalah sejajar dan menambah pada agenda pembangunan lestari yang telah pun ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020, yang bertujuan untuk memastikan tiada golongan masyarakat yang ketinggalan dalam pembangunan negara.

Berdasarkan strategi dan inisiatif-inisiatif kelestarian kami, beberapa SDGs yang relevan kepada kami telah dikenal pasti:

Penerangan lanjut berkenaan impak kami terhadap SDGs yang terbabit boleh didapati di dalam Laporan Kelestarian 2018 kami di sini.