Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Lain-Lain » Penyataan tentang Tanggungjawab Produk

Lain-Lain

Bursa Malaysia beriltizam menyampaikan nilai mampan kepada semua pihak berkepentingan dengan mewujudkan pasaran yang bertenaga, melindungi integriti pasaran kami dan menjadi sebuah syarikat tersenarai awam yang bertanggungjawab. Kami sentiasa mendekati pihak berkepentingan kami untuk memastikan bahawa kami mengintegrasikan unsur-unsur ekonomi, sosial dan alam sekitar yang utama dan berjangka panjang ke dalam amalan dan strategi perniagaan kami.

Penyataan tentang Tanggungjawab Produk

Penyataan tentang Tanggungjawab Produk

Privasi Pelanggan

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, terpakai kepada Bursa Malaysia dan syarikat-syarikatnya yang berkaitan. Notis Data Peribadi kami ada di dalam tapak web kami dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Kepuasan Pelanggan

Satu daripada penunjuk prestasi utama di dalam Kad Skor Seimbang Korporat kami ialah natijah Kaji Selidik Interaksi bersama Pihak Berkepentingan. Maklum balas pelanggan tentang organisasi kami secara menyeluruh, serta tentang produk-produk dan perkhidmatan kami, memberi kesan terhadap ganjaran prestasi unit-unit perniagaan kami.