Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Lain-Lain » Penyataan mengenai Hak-Hak Manusia

Lain-Lain

Bursa Malaysia beriltizam menyampaikan nilai mampan kepada semua pihak berkepentingan dengan mewujudkan pasaran yang bertenaga, melindungi integriti pasaran kami dan menjadi sebuah syarikat tersenarai awam yang bertanggungjawab. Kami sentiasa mendekati pihak berkepentingan kami untuk memastikan bahawa kami mengintegrasikan unsur-unsur ekonomi, sosial dan alam sekitar yang utama dan berjangka panjang ke dalam amalan dan strategi perniagaan kami.

Penyataan mengenai Hak-Hak Manusia

Penyataan mengenai Hak-Hak Manusia

Latihan Kakitangan Keselamatan mengenai Hak-Hak Manusia

Kami telah mewujudkan Garis Panduan Keselamatan untuk Bursa Malaysia, yang merangkumi secara luas, aspek-aspek termasuk perlindungan fizikal premis dan harta benda Bursa Malaysia, keselamatan manusia dan perlindungan maklumat. Kakitangan keselamatan kami, termasuk mereka yang merupakan kakitangan pihak ketiga, dilatih dalam semua aspek yang digariskan dalam garis panduan tersebut.

Buruh Kanak-Kanak

Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 mentakrifkan “kanak-kanak” sebagai orang yang belum mencapai umur 15 tahun dan “orang muda” sebagai orang yang bukan seorang kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun. Walaupun Bursa Malaysia sentiasa berpandukan Akta ini, disebabkan oleh jenis perniagaan kami, kami tidak menggaji kanak-kanak atau orang muda.

Mekanisme Kilanan bagi Amalan Hak-Hak Manusia

Satu prosedur kilanan telah diwujudkan untuk menangani sebarang pertikaian berkenaan amalan hak-hak manusia kami antara pekerja atau NUCW dengan pihak Pengurusan. Prosedur tersebut diperincikan di dalam Buku Panduan Pekerja, yang terdapat di dalam My1818. Pekerja boleh merujukkan pertikaian mereka untuk penyelesaian di bawah peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 atau mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa. Tidak terdapat laporan kilanan tentang amalan hak-hak manusia kami, termasuk kesalahan melanggar hak-hak orang asli, yang dilaporkan melalui mekanisme kilanan pada tahun 2016.