Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Lain-Lain » Kenyataan Pematuhan

Lain-Lain

Bursa Malaysia komited untuk menjadi peneraju pasaran bagi kelestarian, memupuk pewujudan nilai jangka panjang bagi pemegang kepentingan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia yang lestari.

Kenyataan Pematuhan

Kenyataan Pematuhan

Pematuhan

Bursa Malaysia telah merangka Garis Panduan Pematuhan Perundangan (Garis Panduan) bagi menyediakan pendekatan seragam dalam memastikan pematuhan kepada undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang boleh memberi kesan kepada Bursa Malaysia sebagai sebuah entiti. Susulan daripada Garis Panduan tersebut, Daftar Pematuhan Perundangan (LCR) yang mencatatkan obligasi-obligasi perundangan yang dikenakan ke atas Bursa Malaysia turut dirangka. Di samping menggariskan peranan, tanggungjawab dan akauntabiliti pihak yang berkaitan dalam mematuhi undang-undang, peraturan dan garis panduan, Garis Panduan ini turut menetapkan bahawa LCR perlu dikemas kini secara kerap bagi merangkumi perundangan baru yang relevan.

Tiada denda berbentuk monetari atau sekatan bukan monetari dikenakan pada tahun 2018 atas ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan, termasuklah ketidakpatuhan berkaitan hal-hal Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).