Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Lain-Lain » Interaksi dengan Pihak Berkepentingan

Lain-Lain

Bursa Malaysia beriltizam menyampaikan nilai mampan kepada semua pihak berkepentingan dengan mewujudkan pasaran yang bertenaga, melindungi integriti pasaran kami dan menjadi sebuah syarikat tersenarai awam yang bertanggungjawab. Kami sentiasa mendekati pihak berkepentingan kami untuk memastikan bahawa kami mengintegrasikan unsur-unsur ekonomi, sosial dan alam sekitar yang utama dan berjangka panjang ke dalam amalan dan strategi perniagaan kami.

Interaksi dengan Pihak Berkepentingan

Interaksi dengan Pihak Berkepentingan

Bursa Malaysia berinteraksi dengan sebilangan besar kumpulan pihak berkepentingan yang berbeza-beza dan hubungan kami dengan mereka penting untuk membantu kami mengenal pasti, memberi keutamaan dan memberi perhatian kepada hal-hal penting dalam strategi perniagaan kami. Unit-unit perniagaan dan fungsi diberi kuasa untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan mereka masing-masing pada platform pilihan mereka. Isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak berkepentingan dibawa kepada perhatian Jawatankuasa Pengurusan oleh unit-unit perniagaan dan fungsi. Pertemuan dilakukan secara berkala kerana mereka penting bagi pembangunan perniagaan, hubungan dengan pihak-pihak berkepentingan dan iltizam kami terhadap kelestarian.

Pihak Berkepentingan / Pelanggan Interaksi
Pengawal Selia & Kerajaan Mesyuarat, dialog dan laporan rasmi kepada Pengawal Selia dan Kerajaan berhubung dengan pembangunan pasaran modal. Satu daripada perbincangan utama tahunan ialah usul bagi Belanjawan Persekutuan.
Penerbit Perjumpaan, sesi kepimpinan pemikiran dan program sokongan bagi penerbit tersenarai dan jerayawara promosi dan seminar-seminar Tawaran Awal Awam (IPO).
Pelabur, Pemegang Saham dan Penganalisis Persidangan tempatan dan luar negara, program-program pendidikan dan sokongan, BursaMKTPLC, jerayawara dan bengkel-bengkel.
Persatuan-Persatuan Industri, Badan-badan Profesional Dialog, mesyuarat kumpulan tumpuan, perundingan dan persidangan.
Pekerja Sesi bersama pengurusan, taklimat CEO, aktiviti-aktiviti (cth. majlis makan malam tahunan, sambutan perayaan, sukan luar dan kerja-kerja sukarela), latihan, ceramah komuniti dan interaksi lain melalui portal pekerja My1818, artikel-artikel dan kaji selidik.
Pembekal Perjumpaan, proses penilaian vendor dalaman.
Komuniti Portal maklumat dalam talian percuma BursaMKTPLC, program-program pendidikan untuk komuniti dan pelajar, program latihan amali, aktiviti-aktiviti pencarian dana dan CSR dan permainan dagangan.
Media Sidang akhbar, siaran akhbar, perjumpaan media.

Nota:

  • Pelabur - Runcit / Institusi & Tempatan / Asing
  • Pengantara - Peserta Dagangan / Peserta Penjelasan Dagangan / Ejen Depositori Berwenang / Ahli Langsung Dibenarkan / Vendor Maklumat / Pelaksana Indeks
  • Penerbit - Penerbit tersenarai dan penerbit tidak tersenarai
  • Pengawal Selia - Kementerian Kewangan / Bank Negara Malaysia / Suruhanjaya Sekuriti Malaysia / Suruhanjaya Syarikat Malaysia / Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

Saluran kami yang biasa untuk menyediakan maklumat kepada pihak-pihak berkepentingan adalah termasuk tapak web kami, siaran akhbar, pelbagai jawatankuasa dan kumpulan kerja serta pengumuman yang dibuat melalui Bursa LINK. Kami turut menjalankan kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas pasaran dan mengadakan rundingan awam untuk mengetahui secara lebih mendalam tentang keperluan kumpulan sasaran kami. Beberapa unit perniagaan menjalankan kaji selidik kepuasan pelanggan secara tahunan. Sebarang aduan atau pertanyaan secara umumnya akan ditujukan kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami. Pada tahun 2016 Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami telah menerima 13 laporan yang kemudiannya dimajukan kepada bahagian-bahagian yang berkaitan masing-masing untuk ditangani. Daripada bilangan laporan tersebut, 12 telah diselesaikan manakala semakan masih sedang dilakukan bagi 1 laporan.