Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Lain-Lain » Laporan Kelestarian Kami

Lain-Lain

Bursa Malaysia beriltizam menyampaikan nilai mampan kepada semua pihak berkepentingan dengan mewujudkan pasaran yang bertenaga, melindungi integriti pasaran kami dan menjadi sebuah syarikat tersenarai awam yang bertanggungjawab. Kami sentiasa mendekati pihak berkepentingan kami untuk memastikan bahawa kami mengintegrasikan unsur-unsur ekonomi, sosial dan alam sekitar yang utama dan berjangka panjang ke dalam amalan dan strategi perniagaan kami.

Laporan Kelestarian Kami

Laporan Kelestarian Kami

Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) mula melaporkan amalan kelestarian kami di dalam Laporan Tahunan 2016, tahun yang sama kami lancarkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bursa Malaysia bagi penerbit tersenarai kami. Pada tahun 2011 kami beralih kepada menerbitkan Laporan Kelestarian (SR) secara bersendiri dan telah menyediakan laporan selaras dengan garis panduan G3 dan G4 yang dikeluarkan oleh Inisiatif Pelaporan Global (GRI). Tahun ini merupakan SR tahunan kami yang keenam, dan kami melaporkan dengan memberikan rujukan kepada Piawai GRI yang baharu bagi pelaporan kelestarian, memberikan tumpuan kepada ulasan tentang isu-isu penting kami dan memetakan laluan di masa hadapan kami untuk memupuk kemampanan di serata kedua-dua pasaran modal Malaysia dan operasi perniagaan kami.

Piawai GRI [GRI 102-46, 48, 49, 50, 51, 54]

SR2016 ini telah disediakan dengan merujuk kepada Piawai GRI: pilihan teras. Ia meliputi tempoh pelaporan dari 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016. Tahun ini kami telah memberikan tumpuan kepada ulasan tentang topik-topik kelestarian penting kami dan terdapat beberapa perubahan penting berbanding SR2015 yang mencerminkan kematanan dan proses-proses pihak berkepentingan yang telah dilakukan pada tahun ini. Kandungan laporan ini adalah berdasarkan topik-topik penting kami yang telah dikenal pasti. Skop dan batasan kami kekal sama, meliputi semua entiti dan operasi kami (semuanya bertempat di Malaysia) membolehkan kami memberikan gambaran menyeluruh tentang kemampanan prestasi keseluruhan Bursa Malaysia kepada pihak-pihak berkepentingan kami sepanjang tempoh pelaporan. Tidak terdapat pernyataan semula maklumat daripada laporan tahun sebelumnya.

Proses Pelaporan Kami [GRI 102-10]

Prestasi kelestarian dan pendedahan dipantau secara teliti oleh Jawatankuasa Kelestarian Korporat (CSC) kami, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kami. SR kami disediakan oleh Bahagian Kelestarian kami, bekerjasama rapat dengan CEO kami bagi laporan tersebut. Tidak terdapat perubahan besar kepada organisasi atau rantaian bekalan kami sepanjang tempoh pelaporan.

Maklum Balas [GRI 102-53]

Laporan ini, bersama dengan Laporan Tahunan kami, ada di dalam tapak web korporat kami di www.bursamalaysia.com/bm/corporate. Kami mengalu-alukan maklum balas terhadap laporan ini dan mana-mana aspek prestasi kelestarian kami. Komen atau maklum balas boleh dihantar ke sustainability@bursamalaysia.com.

Jaminan Luaran [GRI 102-56]

Buat masa ini, kami tidak mempunyai polisi rasmi berhubung dengan jaminan luaran bagi Laporan ini. Walau bagaimanapun, apabila kami memulakan proses Pelaporan Bersepadu pada tahun 2016, kami membayangkan bahawa jaminan luaran mungkin dijadikan sebahagian daripada proses ini di masa hadapan.