Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Lain-Lain » Rantaian Bekalan Kami

Lain-Lain

Bursa Malaysia beriltizam menyampaikan nilai mampan kepada semua pihak berkepentingan dengan mewujudkan pasaran yang bertenaga, melindungi integriti pasaran kami dan menjadi sebuah syarikat tersenarai awam yang bertanggungjawab. Kami sentiasa mendekati pihak berkepentingan kami untuk memastikan bahawa kami mengintegrasikan unsur-unsur ekonomi, sosial dan alam sekitar yang utama dan berjangka panjang ke dalam amalan dan strategi perniagaan kami.

Rantaian Bekalan Kami

Rantaian Bekalan Kami

Kami komited untuk mendapatkan bekalan daripada sumber tempatan. Kami bergantung kepada 927 vendor yang membekalkan pelbagai keperluan seperti perkhidmatan telekomunikasi, utiliti dan bekalan pejabat.

Sustainability Supplier Group

Kami mengamalkan pemerolehan dan pengurusan vendor yang beretika. Kami menghendaki semua pekerja kami mematuhi Manual Pembelian, yang menetapkan rangka kerja pemerolehan bagi Bursa Malaysia, dan undang-undang dan peraturan yang berkaitan bagi pemilihan vendor dan dalam berurusan dengan pembekal kami.

Pembekal yang memenuhi keperluan Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan kami akan mempunyai kelebihan persaingan dalam proses pemilihan kami. Jika berkenaan, jawatankuasa yang dilantik untuk menilai tender akan menentukan pengukuran utama, pewajaran dan sistem pemarkahan dalam penilaian mereka terhadap komitmen pembekal kepada amalan alam sekitar dan sosial yang baik.