Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Lain-Lain » Inisiatif dan Keahlian Kami

Lain-Lain

Bursa Malaysia beriltizam menyampaikan nilai mampan kepada semua pihak berkepentingan dengan mewujudkan pasaran yang bertenaga, melindungi integriti pasaran kami dan menjadi sebuah syarikat tersenarai awam yang bertanggungjawab. Kami sentiasa mendekati pihak berkepentingan kami untuk memastikan bahawa kami mengintegrasikan unsur-unsur ekonomi, sosial dan alam sekitar yang utama dan berjangka panjang ke dalam amalan dan strategi perniagaan kami.

Inisiatif dan Keahlian Kami

Inisiatif dan Keahlian Kami

Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM). Sebagai menyokong Program Transformasi Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pertumbuhan sosio-ekononomi rakyat Malaysia dan untuk memastikan Bidang Keberhasilan Utama Negara Membanteras Rasuah mencapai sasarannya. Institut Integriti Malaysia dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan bekerjasama dengan enam pihak berkepentingan lain iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Transparency International Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Bursa Malaysia untuk mewujudkan CISM. Inisiatif ini mengusulkan satu siri meja bulat dan dialog dengan komuniti perniagaan dan menggalakkan instrumen integriti korporat. 2012-2016
Acara ‘Bunyikan Loceng untuk Kesamaan Jantina’ yang diadakan bersama dengan Inisiatif Bursa Saham Mampan dan dengan kerjasama Persekutuan Bursa Sedunia dan inisiatif Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 2016

Di samping penyertaan dalam inisiatif-inisiatif tersebut, kami turut berperanan sebagai pengadil bagi anugerah-anugerah kebangsaan berikut yang memberi tumpuan kepada tanggungjawab korporat dan kelestarian:

Bursa Malaysia juga mempunyai keahlian dalam beberapa organisasi antarabangsa yang terkenal. Keahlian tersebut membolehkan kami kekal mutakhir tentang perkembangan terkini dalam sektor bursa. Keahlian kami termasuk:

  1. ›Inisiatif Bursa Saham Mampan (SSE)
  2. ›Persekutuan Bursa Sedunia (WFE)
  3. ›Kumpulan Depositori Sekuriti Pusat Asia Pasifik (ACG)
  4. ›Forum Bursa Saham Negara-Negara Ahli Pertubuhan Kerjasama Islam
  5. ›Persekutuan Bursa Saham Asia & Oceania (AOSEF)
  6. ›Organisasi Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO)
  7. ›Persatuan Industri Niaga Hadapan (FIA)
  8. ›Persatuan Agensi Penomboran Nasional (ANNA)

Kami menyokong dan menggalakkan pemiawaian antarabangsa bagi pelaporan bukan kewangan untuk meningkatkan pendedahan ESG penerbit dan bekerjasama dengan FTSE untuk menyediakan produk-produk ESG seperti Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia ("F4GBM").

Kami turut menyokong usaha-usaha Kerajaan dalam merumuskan dasar-dasar perubahan iklim yang sesuai untuk negara ini seperti Program Pelaporan Gas Rumah Tanaman ("GHG") Korporat Kebangsaan bagi Malaysia ("MyCarbon").