Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Lain-Lain » Tadbir Urus

Lain-Lain

Bursa Malaysia beriltizam menyampaikan nilai mampan kepada semua pihak berkepentingan dengan mewujudkan pasaran yang bertenaga, melindungi integriti pasaran kami dan menjadi sebuah syarikat tersenarai awam yang bertanggungjawab. Kami sentiasa mendekati pihak berkepentingan kami untuk memastikan bahawa kami mengintegrasikan unsur-unsur ekonomi, sosial dan alam sekitar yang utama dan berjangka panjang ke dalam amalan dan strategi perniagaan kami.

Tadbir Urus

Tadbir Urus

Di Bursa Malaysia kami mematuhi tahap piawaian tadbir urus korporat (CG) yang tinggi di bawah kepimpinan Lembaga Pengarah kami, berpandukan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2012.

Lembaga Pengarah kami mempunyai Piagam Lembaga yang berperanan sebagai sumber rujukan dan kepustakaan induksi utama bagi membantu Lembaga melaksanakan tanggungjawab fidusiari mereka sebagai pengarah Bursa Malaysia. Lembaga Pengarah menyemak Piagam Lembaga secara berkala untuk memastikan ia mematuhi undang-undang dan amalan terbaik, dan kekal relevan dan berkesan berdasarkan objektif-objektif Lembaga.

Lembaga Pengarah Bursa Malaysia komited untuk mengekalkan kawalan dalaman dan sistem pengurusan risiko yang baik. Setiap unit perniagaan/fungsi telah melaksanakan proses-proses kawalannya sendiri di bawah kepimpinan CEO, yang bertanggungjawab bagi tadbir urus perniagaan dan kawal selia yang baik. Penyataan penuh Kawalan Dalaman dan Pengurusan Risiko kami ada di dalam Laporan Tahunan kami [muka surat 87-93]. Lembaga bertanggungjawab ke atas pengawasan dan pengurusan keseluruhan Bursa Malaysia. Untuk memastikan pelaksanaan fungsi dan tanggungjawabnya secara berkesan, Lembaga telah mewujudkan Model Tadbir Urus bagi Bursa Malaysia, yang menugaskan kerja dan kuasa-kuasa Lembaga Pengarah yang tertentu kepada jawatankuasa-jawatankuasa Tadbir Urus dan Kawal Selia lembaga yang berkaitan dan CEO.

Model Tadbir Urus yang disokong oleh Manual Bidang Kuasa Korporat, disemak semula dan dipinda bila perlu untuk memastikan rangka kerja yang optimum bagi tahap kebebasan, pengawasan dan ketelusan tertinggi. Semua anak-anak syarikat Bursa Malaysia telah menerima pakai sepenuhnya Model Tadbir Urus ini kecuali Bursa Malaysia Derivatives Berhad dan anak syarikat milik penuhnya, Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad yang telah menerima pakai dua jawatankuasa tadbir urus daripada model tersebut (Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko) dan jawatankuasa-jawatankuasa kawal selia yang berkaitan.

Kepimpinan kelestarian Bursa Malaysia turut diketuai oleh Lembaga Pengarah, yang mengawasi dan memastikan bahawa kami meneruskan objektif kawal selia dan komersial kami dan kekal sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab. Lembaga Pengarah menggalakkan tadbir urus dan amalan kemampanan yang baik yang dipercayai akan menghasilkan prestasi korporat yang lebih baik bagi Syarikat kami. Lembaga Pengarah bertanggungjawab untuk mengkaji dan meluluskan strategi kelestarian Bursa Malaysia.

Maklumat terperinci tentang Lembaga Pengarah dan Model Tadbir Urusnya boleh didapati di dalam Penyata Tadbir Urus Laporan Tahunan 2016 kami (rujuk muka surat 53 hingga 60). Maklumat ini juga ada di dalam tapak web korporat kami.

Sustainability Governance

Jawatankuasa Kelestarian Korporat (CSC) kami ialah sebuah jawatankuasa pengurusan eksekutif yang ditubuhkan di bawah Rangka Kerja Tadbir Urus Pengurusan. CSC dipengerusikan oleh CEO kami, dan mengemukakan laporan kemas kini kepada Lembaga Pengarah secara berkala mengenai semua risiko dan peluang-peluang EES (ekonomi, alam sekitar dan sosial) utama (hal-hal kelestarian). Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengawasi penggubalan, pelaksanaan dan pengurusan yang berkesan bagi hal-hal kelestarian kami selaras dengan Terma-terma Rujukan jawatankuasa tersebut. CSC juga disokong oleh pelbagai kumpulan kerja yang bertanggungjawab untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif tersebut di Bursa Malaysia. Sebagai tambahan kepada CSC, kami juga mempunyai Jabatan Kelestarian dalaman, yang kini diketuai oleh Pengarah Sumber Manusia kami, serta staf kelestarian yang berdedikasi dalam kumpulan Tadbir Urus Korporat kami yang memberikan tumpuan secara khusus kepada peraturan pasaran dan membantu penerbit tersenarai kami.

Sustainability Governance BOD

Urus Niaga Pihak Berkaitan (RPT)

Satu rangka kerja pematuhan dalaman wujud untuk memastikan bahawa Bursa Malaysia melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Syarat-syarat Penyenaraian Pasaran Utama termasuk tanggungjawab berhubung dengan urus niaga pihak berkaitan. Seorang Pengarah yang mempunyai kepentingan di dalam suatu urus niaga perlu menahan diri daripada membincangkan dan mengundi bagi resolusi berkaitan berkenaan dengan urus niaga tersebut di mesyuarat Lembaga Pengarah. Pada tahun 2016, tidak terdapat urus niaga yang dibuat oleh Bursa Malaysia atau anak syarikatnya yang melibatkan percanggahan kepentingan yang timbul daripada kepentingan langsung atau tidak langsung seorang pengarah atau orang yang mempunyai kaitan dengan pengarah atau pemegang saham utama terbabit.