Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Lain-Lain » Memacu Kelestarian

Lain-Lain

Bursa Malaysia beriltizam menyampaikan nilai mampan kepada semua pihak berkepentingan dengan mewujudkan pasaran yang bertenaga, melindungi integriti pasaran kami dan menjadi sebuah syarikat tersenarai awam yang bertanggungjawab. Kami sentiasa mendekati pihak berkepentingan kami untuk memastikan bahawa kami mengintegrasikan unsur-unsur ekonomi, sosial dan alam sekitar yang utama dan berjangka panjang ke dalam amalan dan strategi perniagaan kami.

Memacu Kelestarian

Memacu Kelestarian

Sebagai pengawal selia, Bursa Malaysia sentiasa menggalakkan penerbit tersenarai mengamalkan tadbir urus dan amalan kelestarian yang baik.

Kami menggalakkan amalan kelestarian dan pendedahan terbaik di kalangan penerbit tersenarai Malaysia untuk mencapai kedayamajuan jangka panjang bagi penerbit tersenarai kami dan pasaran kami. Iltizam kami yang kukuh telah ditunjukkan dengan jelas dalam pelbagai inisiatif yang telah kami laksanakan sejak tahun 2006.

Memperkukuhkan Syarat-Syarat Penyenaraian Kami

Pada Oktober 2015, kami telah melancarkan Rangka Kerja Kelestarian yang baharu. Pada Oktober 2015 kami telah melancarkan Rangka Kerja Kelestarian yang baharu, yang mengandungi pindaan kepada Syarat-syarat Penyenaraian bagi kedua-dua Pasaran Utama dan Pasaran ACE, serta penerbitan Panduan dan Kit Alat Pelaporan Kelestarian. Di bawah pindaan tersebut, penerbit tersenarai perlu mengeluarkan satu Penyataan Kelestarian di dalam Laporan Tahunan mereka yang mengandungi maklumat berhubung dengan pengurusan hal-hal kelestarian penting mereka.

Pindaan syarat-syarat penyenaraian tersebut berkuatkuasa pada 31 Disember 2016 bagi penerbit tersenarai kami yang mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM2 bilion dan ke atas, memerlukan Penyataan Kelestarian dimuatkan di dalam Laporan Tahunan yang dikeluarkan bagi tahun kewangan yang berakhir pada atau selepas tarikh tersebut. Pelaksanaan selanjutnya dilakukan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun yang berikutnya, dengan semua penerbit tersenarai kami melaporkan hal-hal kelestarian dalam Laporan Tahunan mereka bagi tahun-tahun kewangan yang berakhir pada atau selepas 31 Disember 2018.

2017 merupakan tahun pertama pelaporan kelestarian bagi kebanyakan daripada penerbit tersenarai kami. Kami telah memberikan tumpuan kepada penyediaan sokongan dan bantuan untuk membimbing syarikat-syarikat tersebut melaksanakan proses ini, dan untuk membantu mereka mencari nilai dengan memupuk strategi kelestarian di dalam organisasi mereka.

Bantuan bagi Penerbit Tersenarai Kami

Berikutan dengan pelancaran Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Bursa Malaysia pada tahun 2015, kami telah memulakan satu siri program sokongan dan latihan bagi penerbit tersenarai yang mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM2 bilion dan ke atas pada tahun 2016. Program-program itu ditawarkan secara percuma kepada penerbit tersenarai kami dan telah disesuaikan untuk pelbagai peringkat pengurusan dan sektor, termasuk Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif; Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Kelestarian; pengamal; dan setiausaha syarikat untuk memastikan mereka memahami kehendak Syarat-syarat Penyenaraian yang baharu dan tawaran nilai kelestarian kepada perniagaan mereka. Sebanyak 26 sesi telah diadakan dengan 824 orang peserta.

Tambahan kepada program-program sokongan dan latihan kami, kami telah berhubung melalui telefon dan secara e-mel dengan 100 penerbit tersenarai yang mengeluarkan Penyataan Kelestarian mereka pada tahun 2017 untuk memahami cabaran-cabaran mereka dan memberikan input tentang bagaimana untuk memupuk kelestarian dalam organisasi mereka.

Umumnya, pendedahan kelestarian di Malaysia masih berada di peringkat awal kecuali bagi beberapa pelapor yang sudah maju. Di masa hadapan, kami melihat pendedahan bukan kewangan akan memainkan peranan yang lebih besar dalam cara syarikat dinilai bagi prestasi keseluruhan. Pelaporan bersepadu sudah semakin meningkat dalam negara dan kita pasti akan terus melihat lebih banyak syarikat menuju ke arah ini.

Masa Hadapan

Kami akan terus berinteraksi dengan penerbit tersenarai kami dan menawarkan program-program latihan pelaporan kelestarian dan sokongan yang lengkap, memperluaskan jangkauan bagi memasukkan syarikat-syarikat kami yang akan memulakan pelaporan mereka daripada hujung tahun kewangan pada atau selepas 31 Disember 2017.