Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian » Mengadakan Pembabitan Bersama Pemegang Kepentingan

Mengadakan Pembabitan Bersama Pemegang Kepentingan

Kami berusaha untuk mewujudkan nilai bagi semua pemegang kepentingan kami, kumpulan individu atau entiti yang secara langsung dan tidak langsung dipengaruhi operasi perniagaan kami, secara signifikan boleh mempengaruhi perniagaan atau operasi kami.

Mengadakan Pembabitan Bersama Pemegang Kepentingan

Kami berinteraksi dengan sebilangan besar kumpulan pemegang kepentingan dan penglibatan kami bersama mereka adalah penting untuk membantu kami mengenal pasti, memberi keutamaan dan menangani perkara-perkara penting dalam perniagaan kami. Penglibatan bersama pemegang kepentingan dijalankan secara kerap, kerana mereka adalah penting dalam pembangunan perniagaan kami, hubungan dengan pemegang kepentingan dan komitmen keseluruhan kami terhadap kelestarian. Dengan membenarkan forum untuk penglibatan telus yang mewujudkan persekitaran di mana pemegang kepentingan boleh menyuarakan pandangan mereka, kami percaya bahawa kami akan berupaya mewujudkan nilai jangka panjang bagi pemegang kepentingan.

Mengadakan Pembabitan Bersama Pemegang Kepentingan

Untuk butiran lanjut mengenai cara kami berinteraksi bersama pemegang kepentingan dan jangkaan mereka, silabaca Laporan Kelestarian 2018 kami, yang boleh didapati di sini.