Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Kelestarian

Kelestarian

Bursa Malaysia komited untuk menjadi peneraju pasaran bagi kelestarian, memupuk pewujudan nilai jangka panjang bagi pemegang kepentingan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia yang mampan.

Kelestarian

Strategi Kelestarian Bersepadu Kami

Strategi kami bertumpu kepada penyepaduan kelestarian dalam semua aspek urusan kami - sebagai pengawal selia, pengendali pasaran, pihak berpengaruh dan syarikat awam tersenarai.

Sumbangan Kami Kepada Matlamat Pembangunan Lestari

Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals - SDG) menetapkan rangka tindakan sejagat bagi dasar dan tindakan pembangunan. Sumbangan kepada SDG yang relevan merupakan tanggungjawab kami dan memberikan kami peluang yang amat bernilai untuk memenuhi keperluan masyarakat, dan mentransformasikan masyarakat dan ekonomi kea rah yang lebih baik.

Tadbir Urus Kelestarian

Bukan hanya sekadar sebuah syarikat tersenarai malah yang lebih penting sebagai pengawal selia barisan hadapan bagi pasaran modal, kami menyedari tanggungjawab yang kami pikul berkenaan usaha memupuk budaya tadbir urus dan kelestarian yang kukuh dalam organisasi kami.

Pembabitan bersama Pemegang Kepentingan Kami

Kami giat berusaha untuk mewujudkan nilai bagi semua pemegang kepentingan kami, kumpulan individu atau entiti yang dipengaruhi secara langsung atau tidak langsung oleh operasi perniagaan kami, atau boleh mempengaruhi dengan ketara perniagaan atau operasi kami.

Faktor Material Kami

Disamping memantau, mengurus dan melaporkan pelbagai isu-isu yang luas, kunci pendekatan kami adalah menumpukan sumber kami kepada risiko kelestarian material dan peluang yang tersedia. Ini membolehkan kami berusaha untuk memenuhi keperluan pemegang kepentingan kami secara yang terbaik dan memastikan kejayaan jangka panjang perniagaan kami.

Sustainability Banner

Laporan Kelestarian 2017