Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Mengenai Kami » Sejarah Korporat

Sejarah Korporat

Sejarah ringkas latar belakang Bursa

Sejarah Korporat
Tahun Peristiwa Penting Korporat
1930
  • Organisasi perniagaan sekuriti rasmi yang pertama ditubuhkan di Malaysia – Persatuan Broker Saham Singapura.
1937
  • Didaftarkan semula sebagai Persatuan Broker Saham Malaya.
1960
  • Bursa Saham Malaya telah ditubuhkan dan dagangan saham awam bermula. Sistem papan mempunyai bilik dagangan di Singapura dan Kuala Lumpur, disambungkan oleh talian telefon secara terus.
1964
  • Bursa Saham Malaysia telah ditubuhkan.
1965
  • Bursa Saham Malaysia dikenali sebagai Bursa Saham Malaysia dan Singapura, dengan pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965.
1973
  • Bursa Saham Malaysia dan Singapura dibahagikan kepada Bursa Saham Kuala Lumpur Berhad dan Bursa Saham Singapura dengan pemberhentian saling pertukaran matawang antara Malaysia dan Singapura.
1976
  • Bursa Saham Kuala Lumpur telah dikorporatkan pada 14 Disember, 1976 sebagai sebuah syarikat yang dihadkan melalui jaminan dan mengambilalih operasi Bursa Saham Kuala Lumpur Berhad (KLSEB) pada tahun yang sama.
1980
  • Pelancaran kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) pada bulan Oktober, menyediakan peserta pasaran dengan apa yang telah menjadi satu penanda aras harga global untuk Minyak Sawit Mentah; untuk pedagang dalam industri minyak makan fizikal, bahan api biodiesel dan pasaran dagangan niaga hadapan komoditi.
1994
  • Bursa Saham Kuala Lumpur Berhad telah dinamakan semula sebagai ‘Bursa Saham Kuala Lumpur’.
1997
  • Senarai sekuriti berlandaskan Syariah telah diperkenalkan pada bulan Jun oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Sekuriti berlandaskan Syariah adalah sekuriti yang telah disaring terhadap satu set prinsip dengan garis panduan yang jelas.
1999
  • Pelancaran Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI) pada bulan April untuk memenuhi permintaan dari pelabur yang mencari pelaburan berlandaskan Syariah. Ia bertindak sebagai satu penanda aras untuk menjejaki prestasi sekuriti berlandaskan Syariah.
2004
  • Pada 14 April, 2004, Bursa Saham Kuala Lumpur telah menukar namanya kepada Bursa Malaysia Berhad, diikuti dengan satu gerakan demutualisasi, tujuannya adalah untuk meningkatkan kedudukan kompetitif dan sebagai respons terhadap tren global dalam sektor dagangan saham dengan menjadikan Bursa ini lebih dipacu oleh pelanggan dan berorientasikan pasaran.
2005
  • Pada 18 Mac 2005, Bursa Malaysia telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.
2007
  • Bursa saham ini telah menerima pensijilan untuk pematuhan kepada Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2000 dan standard Sistem Pengurusan Persekitaran ISO 14001:2004 pada 5 Oktober 2007.
  • Pelancaran Indeks Emas Syariah FTSE Bursa Malaysia (FBM Emas Syariah) pada bulan Januari. FBM Emas Syariah telah menjadi indeks penanda aras untuk pelaburan berlandaskan Syariah Malaysia selepas KLSI dinyahaktifkan pada bulan November 2007.
  • Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia (FBM Hijrah Syariah) telah dilancarkan pada bulan Mei. FBM Hijrah Syariah direka untuk digunakan sebagai asas untuk produk-produk pelaburan berlandaskan Syariah yang memenuhi persyaratan saringan pelabur-pelabur Islam antarabangsa.
2009
  • Satu struktur papan yang baru yang terdiri daripada Pasaran-pasaran Utama dan ACE telah dilaksanakan secara rasmi pada 3 Ogos 2009. Sebenarnya Papan Utama dan Kedua telah digabungkan untuk membentuk Pasaran Utama, sementara Pasaran MESDAQ telah dirombak menjadi satu pasaran alternatif dikenali sebagai Pasaran ACE (ACE adalah singkatan untuk Akses, Kepastian dan Efisiensi).
  • Bursa Malaysia Berhad memasuki satu perkongsian strategik dengan Chicago Mercantile Exchange (CME) dengan hasrat untuk menambahbaik akses kepada penawaran derivatifnya secara global. CME memegang 25% daripada ekuiti di Bursa Malaysia Derivatives Berhad, sementara baki kepentingan sebanyak 75% dipegang oleh Bursa Malaysia Berhad.
  • Pelancaran platform dagangan komoditi elektronik berasaskan Syariah, dipanggil Bursa Suq Al-Sila’, platform dagangan komoditi berlandaskan Syariah hujung-ke-hujung yang pertama di dunia yang mampu untuk memudahcara transaksi kewangan dan pelaburan Islam berasaskan komoditi di bawah prinsip-prinsip Murabahah, Tawarruq dan Musawwamah Syariah.
  • Indeks penanda aras Bursa, KLCI, telah dilonjakkan ke satu tahap baru dengan penggunaan kaedah indeks antarabangsa FTSE. KLCI yang dipertingkatkan, kini dikenali sebagai FBM KLCI, adalah berdasarkan kepada standard yang diterima secara global dalam kebolehdagangan dan kebolehlaburan ahli-ahlinya, di samping ketelusan kaedahnya.
2010
  • Program Kelestarian Perniagaan Bursa yang sulung dirasmikan, sejajar dengan panggilan Bursa Malaysia kepada syarikat-syarikat tersenarai Malaysia untuk menyepadukan elemen-elemen kelestarian ke dalam strategi perniagaan mereka. Program ini terdiri daripada satu panduan tentang kelestarian untuk pengarah, satu portal pengetahuan, satu projek yang memadankan kemudahan dan sesi-sesi kepimpinan pemikiran.
2011
  • Pelancaran Bursa ASEAN, satu kerjasama antara Bursa Malaysia, Bursa Saham Hanoi, Bursa Saham Hochiminh, Bursa Saham Indonesia, Bursa Saham Filipina Inc, Bursa Singapura dan Bursa Saham Thailand, dengan satu misi untuk menubuhkan sebuah pasaran modal ASEAN yang berhubungkait melalui pelaburan merentas sempadan yang lebih besar, mobilisasi dana intra-ASEAN dan dagangan pasaran ekuiti. Persekutuan ini telah menyaksikan pelancaran Identiti Jenama ASEAN, laman web Bursa ASEAN dan Bintang-bintang ASEAN dengan hasrat untuk mempromosi pertumbuhan pasaran modal ASEAN dan memacu kecairan yang lebih tinggi di rantau ini.
2012
  • Pelancaran ASEAN Trading Link pada 18 September 2012 menghubungkan Bursa Malaysia dan Bursa Singapura dan kemudian pada 15 Okt 2012, Bursa Saham Thailand telah menyambung kepada ASEAN Trading Link. Kumpulan ini membawa bersama 2,250 buah syarikat tersenarai dengan nilai modal pasaran sebanyak USD1.6 trilion, mewakili lebih kurang 70% daripada jumlah nilai permodalan pasaran ASEAN. Ini akan meningkatkan aliran modal dan meningkatkan kecairan dengan hebat di samping merancakkan pasaran ASEAN untuk memberi manfaat kepada para pelabur dalam rantau ini.
  • Kumpulan FTSE dan Bursa Malaysia melancarkan “Indeks Syariah Modal Kecil FTSE Bursa Malaysia” untuk bertindak sebagai penanda aras untuk pelaburan berlandaskan Syariah dalam syarikat bermodal kecil di pasaran saham Malaysia. Indeks baru ini membentuk sebahagian daripada “FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah” sejagat dan akan dikira berdasarkan nilai pada penghujung hari dagangan.
2013
  • Pelancaran Bon Dagangan Bursa dan Sukuk (ETBS) dengan pelancaran sulung oleh DanaInfra Nasional Berhad di Bursa ini menandakan satu pencapaian bersejarah untuk pasaran modal Malaysia, mewujudkan secara efektif satu kelas aset yang baru di Bursa ini untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai tempat pasaran sukuk terkemuka dunia.
2014
  • Pelancaran BURSAMKTPLC (nama sebutan: ‘Bursa Marketplace’), memberikan satu pandangan yang komprehensif dengan maklumat pasaran yang kaya dan pandangan mendalam mengenai pasaran Malaysia – apa yang setiap pelabur dan pedagang perlukan di satu tempat; tempat pasaran maya yang pertama sepertinya yang membawa satu pengalaman pengguna yang unik dan melibatkan pelabur terutama pelabur baru, untuk mengakses pengetahuan tentang pasaran, pandangan mendalam tentang pasaran dan idea dagangan ketika mereka merancang ‘Lawatan untuk Berdagang’dan pada masa yang sama mengembangkan literasi kewangan mereka.
  • Memperkenalkan Perkhidmatan Selepas Dagangan ASEAN kepada Organisasi Yang Mengambil Bahagian (PO) untuk dagangan luaran (Sekuriti bukan dari Bursa Malaysia) yang dilaksanakan di bursa saham ASEAN yang mengambil bahagian yang kini berada di ASEAN Trading Link.
  • Memperkenalkan Indeks Persekitaran, Sosial dan Urus Tadbir (ESG) – FTSE4GOOD Bursa Malaysia (F4GBM) yang mengukur prestasi syarikat-syarikat yang menunjukkan amalan ESG yang kuat.
2015
  • Bursa Malaysia Berhad telah menandatangani komitmen sukarela Bursa Saham Lestari (“SSE”) untuk mempromosi kelestarian prestasi dan ketelusan dalam Pasaran Modal. Sokongan untuk initiatif kelestarian SSE menggariskan komitmen Bursa Saham kebangsaan untuk kekal sebagai satu daripada pasaran paling kompetitif di dunia dengan menyepadukan amalan terbaik global ke dalam pasaran tempatan.
  • Memperkenalkan Rangka Kerja Laporan Kelestarian yang baru, yang terdiri daripada pindaan kepada persyaratan penyenaraian yang memerlukan Pengeluar Tersenarai untuk mengeluarkan satu Kenyataan Kelestarian dalam laporan tahunan mereka. Untuk membantu Pengeluar Tersenarai dengan Kenyataan Kelestarian mereka, Panduan Laporan Kelestarian dan 6 Kit Alatan telah diperkenalkan. Kami merupakan bursa ASEAN yang pertama untuk menggunapakai pendekatan ini.
2016
  • FTSE Russell, pembekal indeks global, mengumumkan pelancaran Indeks FTSE4Good ASEAN 5, satu indeks ESG yang dibangunkan melalui kerjasama dengan Bursa-bursa Saham Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Penanda aras baru ini terdiri daripada syarikat tersenarai di lima bursa saham ASEAN dari pasaran Maju dan Baru Muncul: Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand. Syarikat-syarikat yang dimasukkan dalam indeks ini telah dinilai untuk memastikan bahawa mereka memenuhi standard yang dikehendaki untuk dimasukkan ke dalam FTSE4Good.
  • Bursa Malaysia menyertai 34 Bursa seluruh dunia untuk Bunyikan Loceng untuk Kesamarataan Jantina. Tiga puluh empat buah bursa ini telah menyertai Initiatif Bursa Saham Lestari (SSE), Kompak Global PBB, IFC, Wanita PBB, Wanita dalam ETF dan Persekutuan Bursa Saham Dunia untuk “Membunyikan Loceng untuk Kesamarataan Jantina,” dan mengetengahkan kes perniagaan untuk penguatan kuasa ekonomi wanita, di samping memberi peluang untuk sektor swasta untuk memajukan kesamarataan jantina dan pembangunan yang mampan.
  • Memperkenalkan Bursa Malaysia-i, platform pelaburan Syariah hujung-ke-hujung yang pertama di dunia untuk pelaburan utama Syariah dan memberikan satu pilihan kepada pelabur berdasarkan agama.
  • Memperkenalkan “Siri Menguatkan Kuasa Wanita” yang memfokus pada program untuk wanita dalam pengurusan kanan untuk membangunkan kemahiran kepimpinan mereka dengan lebih lanjut dan untuk menyediakan mereka untuk mengisi jawatan ahli lembaga dalam pasaran modal. Program ini adalah urutan dari initiatif lebih awal, “Bunyikan Loceng untuk Kesamarataan Jantina” di bawah naungan Bursa Saham Lestari (SSE), untuk meningkatkan kesedaran tentang penguatan kuasa wanita untuk kelestarian pembangunan.