Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Mengenai Kami » Tadbir Urus Korporat » Terma Rujukan » Lembaga Pengarah

Tadbir Urus Korporat

Bursa Malaysia (Syarikat) mematuhi standard tinggi bagi amalan tadbir urus korporat di bawah kepimpinan Lembaga Pengarahnya, seperti yang digariskan di bawah Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (Kod) yang disemak semula pada 22 April 2015. Penyata Tadbir Urus Korporat Syarikat ini boleh didapati dalam Laporan Tahunan Syarikat.

Lembaga Pengarah

Terma Rujukan

Lembaga Pengarah

Terma Rujukan Lembaga Pengarah
Status

Lembaga Pengarah Bursa Malaysia Berhad (Bursa atau Syarikat) dikawal selia oleh Akta Syarikat 1965 (CA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan Memorandum dan Tataurusan Persatuan.

Keahlian Klasikfikasi
  1. Pengarah Kepentingan Awam

    Pengerusi Bukan Eksekutif hendaklah dilantik dilantik oleh Menteri Kewangan dalam kalangan Pengarah Kepentingan Awam, menurut Seksyen 10(3) CMSA.

    Satu pertiga (1/3) daripada jumlah Pengarah dalam Lembaga hendaklah merupakan Pengarah Kepentingan Awam yang dilantik oleh Menteri Kewangan melalui perundingan bersama dengan Suruhanjaya Sekuriti, menurut Seksyen 10(1)(a) CMSA dan Artikel 68(2)(a) daripada Tataurusan Persatuan Syarikat berkenaan.

  2. Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

    Sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada Lembaga Pengarah hendaklah merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif menurut Perenggan 15.02 daripada Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) bagi Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities), yang akan dilantik melalui Jawatankuasa Pencalonan dan Saraan (NRC) dengan persetujuan Suruhanjaya Sekuriti menurut Artikel 68 (2)(b) bagi Tataurusan Persatuan Syarikat berkenaan.

  3. Pengarah yang selainnya

    Pengarah yang selainnya juga hendaklah dilantik melalui NRC dengan persetujuan Suruhanjaya Sekuriti menurut Artikel 68(2)(c) bagi Tataurusan Persatuan Syarikat berkenaan, termasuk Pengarah Eksekutif yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Tujuan Utama

Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab utama bagi tadbir urus dan pengurusan Syarikat, serta tanggungjawab fidusiari bagi memastikan kesihatan kewangan dan organisasi Syarikat.

Lembaga Pengarah memantau fungsi Jawatankuasa Lembaga iaitu Jawankuasa Tadbir Urus dan Jawatankuasa Kawal Selia, yang berpadanan dengan anak syarikat berkenaan dalam kalangan kumpulan Bursa (Kumpulan).

Tanggungjawab

Sejajar dengan Amalan Baik dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia, Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas:

  • Menyemak dan meluluskan pelan korporat tahunan bagi Kumpulan, yang meliputi strategi korporat menyeluruh, strategi kelestarian, pelan pembangunan perniagaan dan pemasaran, pelan sumber manusia, pelan IT, pelan kewangan, bajet, pelan kawal selia dan pelan pengurusan risiko

  • Menyemak dan meluluskan inisiatif strategik termasuklah penstrukturan atau penyelarasan perniagaan korporat dan perikatan strategik

  • Memantau perjalanan perniagaan Kumpulan bagi menilai sama ada perniagaan diuruskan dengan betul

  • Mengenal pasti risiko utama dan memastikan pelaksanaan sistem yang bersesuaian bagi mengurus risiko-risiko berkenaan

  • - Meluluskan pencalonan, pemilihan, polisi penggantian dan pakej saraan bagi ahli-ahli Lembaga, ahli Jawatankuasa Lembaga, Pengarah Nomini bagi fungsian Lembaga bagi anak-anak syarikat Bursa, CEO dan Timbalan CEO, dan bajet tenaga manusia bagi Kumpulan termasuklah menguruskan perancangan penggantian, pelantikan, latihan, menetapkan pampasan terhadap, dan di mana sesuai menggantikan pengurusan kanan atau anggota pengurusan utama.

  • Meluluskan pelantikan, peletakan jawatan atau penyingkiran Setiausaha-setiausaha Syarikat Bursa

  • Membangun dan melaksanakan ‘program perhubungan pelabur’ atau ‘polisi komunikasi pemegang saham’ bagi Kumpulan

  • Menyemak kecukupan dan integriti sistem kawalan dalaman dan sistem maklumat pengurusan Kumpulan, termasuk sistem bagi pematuhan terhadap undang-undang yang terpakai, perundangan, peraturan, arahan dan garis panduan (termasuk undang-undang sekuriti, CA dan MMLR bagi Bursa Securities).

  • Menyemak dan meluluskan Penyata Kewangan yang terdiri daripada akaun tahunan yang diaudit dan laporan suku tahunan, polisi dividen, kemudahan kredit daripada institusi kewangan dan jaminan.

  • Menyemak dan meluluskan Laporan Jawatankuasa Audit dan Penyata tentang Kawalan Dalaman dan Pengurusan Risiko bagi Laporan Tahunan.

     

  • Menyemak dan meluluskan Laporan Kawal Selia Tahunan yang disediakan mengikut Seksyen 16 CMSA

  • Menyediakan Penyata Tadbir Urus tentang pematuhan terhadap Kos Tadbir Urus Korporat Malaysia bagi Laporan Tahunan.

  • Menyemak dan meluluskan polisi pelaburan dan garis panduan Syarikat bagi dana tambahan, polisi peruntukan aset dan polisi terhadap had pendedahan bagi pelaburan dengan institusi perbankan.

  • Menyemak dan meluluskan perbelanjaan modal, pembelian bagi aset tetap, perbelanjaan operasi, perubahan tempahan dan perkara-perkara lain mengikut Dokumen Had Kuasa.

  • Meluluskan pelantikan auditor luaran dan yuran audit berkaitan bagi mereka

Kuasa

Kecuali keputusan korporat khusus yang mungkin dibenarkan di bawah undang-undang sekuriti berkaitan, CA, MMLR bagi Bursa Securities, dan Tataurusan Persatuan, yang memerlukan kelulusan sama ada oleh Menteri Kewangan/Suruhanjaya Sekuriti atau kelulusan resolusi biasa atau khas oleh pemegang saham, Lembaga Pengarah adalah mempunyai kuasa untuk membuat semua keputusan.

Lembaga juga mempunyai kuasa untuk mengagihkan fungsi tertentu dan kuasa kepada Jawatankuasanya, Lembaga bagi anak-anak syarikat Bursa, Pengarah individu, atau Pengurusan.

Mesyuarat dan Kehadiran

Lembaga hendaklah bermesyuarat enam (6) kali setiap tahun kewangan dan pada bila-bila masa yang dianggap perlu untuk memenuhi tanggungjawabnya.

Kuorum bagi mesyuarat Lembaga hendaklah sekurag-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada jumlah Pengarah dalam Lembaga, termasuk minimum dua (2) orang Pengarah Kepentingan Awam dan dua (2) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Setiap ahli Lembaga adalah berhak kepada satu (1) undi dalam membuat keputusan ke atas perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat.

Keputusan yang mendapat undian majoriti daripada Lembaga hendaklah menjadi keputusan Lembaga. Sekiranya berlaku persamaan jumlah undi, Pengerusi Lembaga adalah berhak untuk membuat undian kali kedua.

Setiap Pengarah hendaklah menghadiri sekurang-kurangnya 75% daripada jumlah mesyuarat Lembaga yang dijalankan sepanjang tahun.

Laporan Lembaga bertanggungjawab dalam memastikan penghasilan laporan berikut:
  • Penyata Kewangan (termasuk akaun tahunan yang diaudit dan keputusan kewangan suku tahunan)
  • Laporan Jawatankuasa Audit
  • Kenyataan yang menjelaskan tanggungjawab Lembaga bagi menyediakan akaun tahunan yang diaudit
  • Penyata Tadbir Urus Korporat
  • Kenyataan tentang Kawalan Dalaman dan Pengurusan Risiko
  • Penyata Tanggungjawab Sosial Korporat
  • Pelan dan Bajet Korporat Tahunan
  • Laporan Kawal Selia Tahunan

Lembaga hendaklah menerima Minit mesyuarat Lembaga bagi fungsian Lembaga bagi anak-anak syarikat dan Minit Jawatankuasa Lembaga dalam Kumpulan.

Resolusi Pekeliling Pengarah

Sebuah resolusi secara bertulis yang ditandatangani oleh majoriti semua Pengarah akan menjadi sah dan berkuat kuasa seolah-olah ia telah diluluskan di dalam mesyuarat Pengarah yang dipanggil dan diamanahkan dengan syarat penandatangan mestilah termasuk Pengerusi. Semua resolusi berkenaan hendaklah dianggap sebagai “Resolusi Pekeliling Pengarah” dan hendaklah dimajukan ataupun dihantar kepada Setiausaha Syarikat tanpa berlengah dan hendaklah direkodkan oleh Setiausaha Syarikat dalam Buku Minit Syarikat. Mana-mana resolusi sedemikian mungkin terdiri daripada beberapa dokumen dalam bentuk borang, setiap satunya ditandatangani oleh satu (1) atau lebih Pengarah. Pernyataan “dalam bentuk tulisan” atau “ditandatangani” termasuklah kelulusan oleh transmisi disahkan yang mudah dibaca melalui faksimili, teleks, kabel, telegram atau komunikasi elektronik bentuk lain.

Sekretariat

Setiausaha Syarikat yang dilantik oleh Lembaga di bawah CA hendaklah bertanggungjawab bagi menyediakan agenda melalui perundingan dengan Pengerusi, dan pengedaran kertas kepada semua ahli Lembaga untuk dibincangkan di dalam mesyuarat.

Proses Pelantikan

Semua Pengarah, kecuali Pengarah Kepentingan Awam, hendaklah menyerahkan sendiri pelantikan semula secara tetap tidak lebih daripada tiga (3) tahun menurut Artikel 69 Tataurusan Persatuan Syarikat itu.