Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Mengenai Kami » Tadbir Urus Korporat » Piagam Lembaga Pengarah

Tadbir Urus Korporat

Bursa Malaysia (Syarikat) mematuhi standard tinggi bagi amalan tadbir urus korporat di bawah kepimpinan Lembaga Pengarahnya, seperti yang digariskan di bawah Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (Kod). Penyata Tadbir Urus Korporat Syarikat ini boleh didapati dalam Laporan Tahunan Syarikat.

Piagam Lembaga Pengarah

Piagam Lembaga Pengarah

Lembaga Pengarah (Lembaga) Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) telah menetapkan Piagam Lembaga Pengarah sebagai sebahagian daripada Dokumen Model Tadbir Urusnya. Piagam Lembaga Pengarah menjadi sumber rujukan dan bacaan induksi utama, yang memberikan pandangan tentang lembaga pengarah sedia ada dan prospektif bagi membantu Lembaga dalam melaksanakan tugas fidusiari mereka sebagai pengarah Bursa Malaysia, sebuah Syarikat Pemegangan Bursa. Piagam Lembaga Pengarah juga membantu Lembaga Bursa Malaysia dalam penilaian prestasi mereka sendiri dan Pengarah individunya. Lembaga Bursa Malaysia akan menyemak secara berkala Piagam Lembaga Pengarah ini untuk memastikannya relevan dengan aplikasinya.

Piagam Lembaga Pengarah dipaparkan pada laman web korporat Bursa Malaysia sejajar dengan Amalan 2.1 dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia.