Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Korporat » Laman Utama » Mengenai Kami

Mengenai Kami

Bursa Malaysia adalah satu daripada bursa terbesar di Asia. Kami beroperasi dan mengawal selia tukaran bersepadu sepenuhnya yang menawarkan pelbagai jenis kemudahan berkaitan tukaran termasuklah penyenaraian, perdagangan, penjelasan, penyelesaian dan perkhidmatan depositori.

Mengenai Kami

Profil Korporat

Thumbnail Image - Corporate Profile

Bursa Malaysia adalah syarikat pemegang bursa yang ditubuhkan pada 1973 dan disenaraikan pada 2005. Hari ini, ia adalah antara bursa terbesar di ASEAN, yang menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 900 syarikat merentasi 60 aktiviti ekonomi. Syarikat-syarikat daripada sektor ekonomi yang disenaraikan sama ada di Pasaran Utama untuk syarikat terkemuka dengan modal besar, ataupun di Pasaran ACE untuk syarikat baru memuncul yang terdiri daripada pelbagai saiz. Bursa Malaysia menggunakan nilai-nilai FTSE Bursa Malaysia KLCI sebagai indeks utamanya.

Tadbir Urus Korporat

Bursa Malaysia (Syarikat) mematuhi standard tinggi bagi amalan tadbir urus korporat di bawah kepimpinan Lembaga Pengarahnya, seperti yang digariskan di bawah Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (Kod) yang disemak semula pada 1 Oktober 2007. Penyata mengenai amalan tadbir urus korporat Syarikat ini dibuat mengikut perenggan 15.26 Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad (LR).

Warga Kami

Warga kerja kami berasal daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan profesional – kesemuanya berpegang kepada semangat yang sama untuk mewujudkan tempat kerja yang positif yang memberikan warga kerjanya peluang untuk pembangunan dan pembelajaran.

Anugerah

  • Bursa_award
    2016

    Bursa Malaysia Receives Best Islamic Exchange 2016 from Global Islamic Finance Awards 2016